Saturday, April 2, 2016

Pengalaman dan ilmu

Pengalaman dan ilmu ini datangnya seiring. Dalam hidup maupun pekerjaan keduanya penting.

Pengalaman jika dimanafaat mendatangkan ilmu. Ilmu itu boleh mendatangkan pengalaman dan hasil yang baik. 

Kadar kejayaan adalah jumlah kadar langsung antara keduanya.

Kalau tak balance, songsang jadinya.

Semakin lama hidup atau bekerja ruang untuk menimba pengalaman dan ilmu itu bertambah. 

Ianya tidak berhenti, apa yang dapat dari pendidikan formal ciput sahaja dan hanya menguji dan mengasah keupayaan kita berfikir dan belajar. PHD pun untuk menilai kebolehan berfikir lebih dalam dalam topik kecil dan khusus sahaja.

Kebolehan dan kemahuan manusia berfikir secara konsistent akan membolehkan pengalaman dan ilmu ini menjadi berguna dan bertambah.

Sikap manusia yang bertawadduk sahaja menbolehkan manusia sentiasa mendengar dan belajar.

Colin, Maxwell, Drucker dan ramai lagi bercakap  tentang leadership dan kejayaan. Ia hanya derivation dari tawadduk.

Kalau sombong dan bongkak, datanglah ilmu dan pengalaman sebanyak mana pun. Takan dapat manafaat dan ibrar. Sesat jugalah jadinya

Hidayah ini datang dari Allah. Segala puji hanya bagi Allah.

Wallahua'lam 

Monday, March 28, 2016

Surah Al Isra 23-25 - Berbaik kepada ibubapa

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Friday, March 25, 2016

Ilmu.. Lu siapa?

Menuntut ilmu itu wajib, wajib dari bersolat, kalau takde ilmu tak tahu lah solat itu wajib dan solat itu rukun islam.

Tak payah ikutlah cakap mat saleh akan ungkapan berkenaan pentingnya knowledge. Dah ilmu itu wajib dalam islam. 

Allah suka akan orang yang sentiasa membaiki ibadatnya. Macammana nak baiki ibadat kalau tak tambah ilmu. Sedih kalau cara ibadat mcm tu je dari masa remaja sampai lah ke tua.

Kalau yang menuntut ilmu tu, jangan dengan satu guru aja. Banyakkan guru luaskan pandangan. Yang belajar dengan satu guru ni lah, biasa dengan ilmu sedikit dan pandangan sempit, nak cari salah orang lain, bergaduh dgn guru lain, dengan niat bukan kerana Allah. 

Guru pun manusia jugak, melakukan kesalahan dan kesilapan. Ambik yang baik aja. Diam aja. Kalau salah tegur kerana Allah. Kalau tak suka syle dia carilah guru lain.

Ilmu Allah ini luas. Tak kira lah nak ikut mazhab mana. Kalau tak yakin ilmu itu tinggi ikutlah satu tafsir dan mazhab saja, senang kaedah dan panduan hidup. 

Rai ajalah kaedah dan tafsir mazhab2 lain, tak sesat pun mereka tu. Meraka nak memperjelaskan perkara nyata dan perkara khilaf, perkara samar. Bergantung kepada pentafsiran. 

Orang yang mengasaskan mazhab ini orang yang sangat alim belaka. Nak tolong umat dengan kaedah dan niat nak kasik faham.

Cari lah ilmu sampai mati. Orang Islam Malaysia ini tak suka membaca dan cari ilmu. Atas dasar jahil dan malas ni lah juga suka sangat taksub,  tak cari ilmu dan pandangan lain dan tak reti nak raikan orang lain.

Wallhua'lam

www.afandi-bereng.blogspot.my

Wednesday, March 23, 2016

Sedar tak sedar.. Ingat tak ingat

Tabiat manusia ni lemah, dan alpa. Memang biasalah tu. Selalu perasan sentiasa sihat, selalu ingat dunia ana yang punya, tak ada yang mengawasi.

Lumrah juga kuat jadi lemah,sihat jadi sakit, yang dipuji jadi yang dihina, yang kaya jadi miskin dan hidup akan mati. Ada hari susah ada hari senang.

Sedar atau tak sedar lah yang mengekalkan kita ditempat yang tertentu. Kerana sedarlah kita boleh kekal atau berpindah kedudukan yang lebih baik.

Bodohlah bagi orang yang tak sedar dan beranggapan kebaikan dan kesenangan itu berkekalan. 

Kebanyakan orang hanya risaukan diri sendiri, kebanyakan orang baik pun hanya boleh berbuat baik kepada dirinya sendiri. 

Untuk seseorang nak mengajak kepada lalai dan kejahatan lidah ringan dan akan disukai ramai. Ramai orgnya. Senang...

Untuk seseorang nak menegur dan mengajak kepada kebaikan berat lidahnya. Ramai yg tak suka,  mengejek dan mencemuh. Sikit orgnya. Berat...

So sendiri mau ingat. Sendiri mau beringat.


Wallahua'lam

Tuesday, March 22, 2016

Sakit ada makna tu...versi pendek

Selalu dengar sakit itu penghapus dosa. Ia menghapus dosa dan menambah pahala kalau kita banyak beristiqfar semasa sakit. Sesungguhnya istigfar itu mendatangkan rezeki. Mungkin dipercepatkan sembuh.

Kalau sakit berpanjangan mungkin sebab banyak dosa nak kena hapus, mungkin dugaan dan mungkin sebab dah tua.

Sakit biasa itu kira biasalah, mungkin faktor cuaca ke. Demam pun biasa, kadang2 badan tu terover pakai. Untuk badan kembali dikuatkan dan rehat. Nabi saw pun demam. Juga untuk mengingatkan kita ni manusia yang lemah dan daif disisi Allah

Wallahua'lam

Saturday, March 19, 2016

Adilkah aku?.... Berdasarkan fikh keutamaan oleh Yusuf Al Qardawi

Kita ini dituntut berjemaah atau bermasyarakat. Keutamaan berjemaah itu lebih penting dari keutamaan sendiri. Namun ujian bermasyarakat itu banyak dan rumit.
Kalau bermasyarakat perlulah ada kesederhanaan dan keadilan.

Soalan biasa adalah adilkah kita kepada orang lain?. Tapi soalan tersirat adalah adakah kita adil kepada diri sendiri. Kerana jawapan kepada soalan kedua ada sama seperti jawapan kepada soalan pertama.

Kerana jika kita berlaku adil kepada orang lain maka sebenarnya kita adil kepada diri sendiri. Dan jika jawapan pertama itu disebaliknya maka kita ini tidak adil kepada diri sendiri dengan menginayakan diri sendiri. 

Apabila bermasyarakat perlulah ada sifat tawadduk tidak ego, berkasih dan bersangka baik. Semua orang ada dosanya dan aibnya. Jika Allah membuka aib kita maka nayalah kita. Semua manusia melakukan kesilapan walaupun imam2 besar. Namun beza imam2 besar zaman dahulu mereka bertawadduk mengaku kesilapan dan memperbaikinya, serta meraikan pandangan dan teguran orang lain. Berbeza dengan kebanyakan orang dan ilmuan dikala ini.

Kalau dalam solat berjemaah, kita solat di rumah Allah dan perlu bersolat bersungguh2. Tak perlulah kita berniat bersolat atau memperbaiki solat untuk diperlihatkan kepada orang lain. Niat kena betul. Dan atas dasar jemaah, kekurangan dalam solat seseorang itu dalam berjemaah ditampung oleh jemaah yang lain. Jadi sebenarnya kita saling tolong menolong sesama jemaah.

Dalam masyarakat sekarang ini, tak kira sesiapa kita, byk yang memperlekehkan orang yang melakukan  kebaikan atau berubah kepada kebaikan dan menyeru kepada kebaikan atas sebab  tertentu mungkin dia sendiri tidak suka atau tidak mampu melakukannya dan tidak mahu berubah. 

Sebaliknya berdiam sahaja atas kesilapan dan kezaliman jemaah yang lain dan mungkin berkata dan mungkin memtertawa dibelakangnya tanpa sebaliknya menegurnya supaya kesilapan itu diperbaiki.
Kalau atas dasar kurang iman, lebih baik berdiam diri sahaja. Kerana kita berlaku adil kepada diri sendiri sebenarnya. Dengan itu mungkin kerana kita menjaga lisan kita, mugkin dikurniakan Allah hidayah dan iman dikemudian hari.

Hendaklah kita menyayangi semua umat islam dalam keseluruhan. Walau pun seseorang yang fasik, iaitu kita perlu sayang dia atas batas imannya walaupun sedikit. Tetapi juga tidak suka perkara zalim dan maksiatnya. Namun atas kasih kita perlu menegur perkara yang tidak betul ini.

Kita perlu meletak keadilan itu pada tempatnya. Perlulah meraikan kebaikan seseorang dan tidak melabel dan memusnahkan seseorang atas sebab kemaksiatannya, kesilapannya atau pendapatnya.

Kesederhanaan dan adil itu lebik dekat dengan takwa. Janganlah menganggap apa keluar dari mulut seseorang itu bila ada yang buruk, maka semuanya buruk. Bersangka baik akan maksudnya mungkin sama. Dan lihatlah kebaikan-kebaikan lain. Kalau betul ianya buruk atau zalim, maka menjadi tanggungjawap menolong memperbaikinya dan bukan membencinya.

Perlunya ada keadilan dan meraikan kebenaran .Tidak perlu lah ada taa'sub serta tuduh menuduh dan anggapan yang melulu. Perlulah ada keterbukaan dan tawadduk demi kepentingan jemaah.

Antara 3 perkara yang memboleh seseorang merasai kemanisan iman ialah apabila i
Dia paling menyayangi Allah dan Rasul, menyanyangi orang lain kerana Allah serta benci dan tidak suka kembali kepada kekufuran.

Wallahua'lam

Friday, March 18, 2016

Ohh sayang...

Manusia ini sukakan perhatian, memerlukan perhatian dan mungkin suka menarik perhatian dari lahir sampailah bila2. 

Saat kecil suka perhatian ibubapa. Menangis waktu kecil mintak perhatian, nak mintak susu.

Bila remaja, suka buat macam2 untuk tarik perhatian rakan sebaya atau mak bapak. Mellow je lah kalau tak dapat perhatian.

Bila berpasangan pun samalah. Tumpukan perhatian kepada pasangan supaya mendapat perhatian in return.

Bila dah beranak pinak, bini pun sibuk tapi ada anak anak kecil yang boleh ditumpukan perhatian.

Bila anak dah besar, bini pun mungkin banyak hal, mula cari kawan2 untuk perhatian. Tapi berapa banyak sangat kawan yang sanggup memberi perhatian. Lalu jadilah dilemma perhatian.

Mungkin agak lama dah dah tua, lepas tu adalah pulak cucu untuk beri perhatian. Dan menunggu anak balik.

Manusia  ini perlu perhatian, kasih dan sayang. Kasih sayang inilah yang tak boleh dibeli.

Nak kasih sayang dari Tuhan pun tak boleh beli. Kena beriman baru Tuhan sayang. Dalam kubur tinggal sorang2.  Kalau tinggal ditaman2 syurga, memang terasa disayangi Tuhan. Rasalah byk yang masih sayang, sedekah, anak yang soleh, cahaya dari Al Quran, cahaya dari amal kebajikan, ilmu yang bermanafaat dan lain-lain

 Kalau tinggal di liang2 neraka, tinggal sorang2. Takde orang sayang, kena belasah dak malaikat, kena herdik dak malaikat. Tunggulah hadiah doa anak2 yang mungkin tak kesampaian sebab dah dilupai. Tak bergunalah amal yang tidak ikhlas nak tunjuk dan ambil perhatian orang. Takde ampuan dan perhatian palsu dari orang yang tak jujur pun pada kita. Tinggallah sorang2 dgn penyesalan yang tak kesudahan dan tak ada guna lagi.

Bersedihlah menunggu sangkakala kedua untuk hadapi hiruk pikuk hari perbicaraan dan pembalasan. Akan lihatlah semua amal dan perbuatan satu persatu pada hari itu.

Kalau beriman kepada hidup selepas mati, takutkan lah hidup sorang2 tanpa kasih sayang. Biar hidup dgn tak ramai orang di dunia tapi hidup dengan redha dan kasih sayang Tuhan

Surah Abasa

‎فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat,

‎يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

‎وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ
Dan ibunya serta bapanya,

‎وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ
Dan isterinya serta anak-anaknya

‎لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Surah An naziat 

‎وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

‎فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

www.afandi-bereng.blogspot.my