skip to main |
skip to sidebar
Ku fikir kan.. Rupanya.. Tipah tertipu
Lebih kurang dari sebuah hadis yang mencerita seorang badwi dari Najjah berjumpa Rasullullah saw ingin bertanya tentang Islam, lalu bertanya dia kepada Rasullullah saw, apa yang perlu dilakukan sebagai seorang muslim.
Rasullullah menjawap solat 5 waktu siang dan malam. Lalu ditanya lagi jika ada solat lain yang perlu dikerjakan. Rasullullah menjawap tiada kecuali jika kamu mahu melakukan solat sunat.
Bila ditanya lagi apa ibadat lain yang perlu dilakukan. Rasullullah menjawap puasa Ramadhan. Dan seterusnya...
Hidup dan ibadah ada tingkat darjat atas ibadah itu yang dilakukan. Ibadah yang tinggi darjahnya adalah dengan menunaikan, mempertingkatkan quality dan memberatkan amalan fardu dari amalan amalan sunat.
Namun dalam perkara2 wajib juga terbahagi dan dilepaskan tanggung jika seorang atau sebahagiaan melakukannya. Itu adalah pecahan antara fardu ain dan fardu kifayah
Sambil menjaga ibadat rukun dituntut juga melakukan amalan sunat seiringan
Namun dikata oleh ulama fiqah, orang yang memberatkan amalan sunat tetapi meremehkan atau lalai dalam perkara2 fardu sebagai orang yang tertipu
Seperti selepas selesai perkara tauhid dan iman kita, perkara awal yang dihisab adalah solat dan solat fardu..
Wallahua'lam
Sayang oh sayang
- Orang dulu kata sayang anak ditimang-timangkan. Sayang isteri ditinggal tinggalkan
- Dalam perjalanan hidup berkeluarga biasa, kita awalnya sibuk mancari penghidupan untuk keluarga muda
- Awalnya pandangan adalah untuk memberi anak dan isteri nafkah. Menjadi naluri orang yang bermoral untuk menyediakan yang terbaik
- Semua orang sayang anak dan isteri. Dan naluri kita adalah untuk memberi yang lebih baik dari apa yang kita kecapi diwaktu kita kecil
- Di zaman ini modern ini banyaklah perkara yang boleh dilakukan untuk menzahirkan sayang kita. Oleh kerana mungkin kita mampu kita memberi banyak kemudahan dan pemberian kepada anak2 kita
- Akan tetapi adakah kita menjaga dan memberi pendidikan yang betul.
- Dikatakan diakhir zaman ini. ibubapa banyak diperhambakan oleh anak2..sudut yang biasa dilihat anak menggunakan ibubapa dengan mengambil kesempatan atas ibubapa yang daif
- Namun satu lagi sudut ialah anak menghambakan ibubapa yang berkemampuan dengan mengambil kesempatan ibubapa atas kasih dan sayang mereka. Kerana ibubapa mana yang ingin melihat anak2 mereka susah
- Kebanyakan pendidikan yang kita beri adalah untuk menyediakan mereka untuk menjalani kehidupan dunia ini terutama pelajaran. Namun adakah kita menyediakan mereka untuk kehidupan akhirat?
- Ramai yang sayang anak dgn memberi segala keperluan material yang termampu
- Ramai kah yang memberi keperluan rohani? Adakah kita didik anak kita untuk menunaikan solat, membaca Al Quran?
- Sayangkah kita kepada anak dan isteri untuk menyelamatkan mereka dari neraka? Sayangkah kita kepada mereka dgn menyuruh mereka bersolat. Marahkah kita kepada mereka jika mereka meninggalkan solat.
- Tanyalah diri kita disebalik penyediaan untuk mengharungi dunia sama ada kita menyediakan mereka untuk akhirat juga.
- Tak ditanya di dalam kubur berapa gaji anak kita. Tak sampai pun wang gaji mereka kepada kita. Yang sampai hanya doa anak yang soleh
- Semoga kita sekeluarga masuk jannah. Semoga anak dan isteri kita membantu kita ke syurga bukan menheret kita ke neraka
Di alam fana cinta (hmm the singer pun dah meninggal muda.. Huhu)
Org kata dunia ini fana. Jika manusia menggunakan akal, dunia ini ada tatacara dan kitar hidup. Dah namanya kitar. Yang muda akan jadi tua, yang tua akan mati, yang tumbuh hilang berganti.
Manusia yang berjaya ialah orang yang mempunyai akal dan menggunakannya dan faham kitar ini. Mereka menyeimbangkan aktiviti , amal dan perbuatan mereka dalam menjalani hidup ini
Digesa Allah untuk kita sentiasa berfikir. Sebab itu kita manusia dikurniakan akal. Kalau tak pakai nayalah ko jang. Bila kita angkuh mengatakan kita betul dalam kita tak betul dan sesat. Kita bukan pakai akal, kerana pada akal yang sempurna dan berfikir datangnya rendah diri dan kebaikan. Yang angkuh dan sesat itu tak pakai akal, pakai nafsu dan ikut perasaan.
Takde berfikir takde lah planning. When you do not plan, you are planning to fail. Contohnya kalau kita pandai, jika banyak kawan, ambillah juga kawan yang alim, baik akhlaknya, mungkin yang bertaqwa..dapatlah juga kalau tak banyak sedikit tempiasnya. Kasik balance sikit. Janganlah kita disesatkan dgn tidak memandang, apatah lagi mengata dan mencerca mereka ini
Panjang pulak muqaddimah.. Ok semula
Dunia ini menyibukkan, dunia ini memperdayakan, dunia ini mengelirukan. Memang dah macam itu kerana dunia ini pentas ujian.
Sebab itu kita digesa melakukan tahajjud dimana bacaan dan ingatan kita lebih tenang dan jelas berbanding waktu siang, digesa juga kita bersolat rawatib untuk menampung apa yang kurang dalam solat fardu
Hmmm.. Lain yang nak ditulis, lain pulak yang tertulis.
Manusia banyak jenis manusia, banyak darjatnya disisi Allah
Ramai yang tak membaca Al Quran.Semoga diberi hidayah supaya membacanya. Ada yang membacanya tapi sebutan tak betul. Semoga dilapangkan masa untuk pergi belajar membacanya dgn betul. Ada yang membaca tapi tak tahu maknanya tapi tetap mendapat pahala dan insyaAllah akan dicuit hatinya untuk belajar memahami
Al Quran itu lengkap disediakan untuk org biasa dan awam. Juga untuk para ilmuan dan ahli fikir. Jadi Ia adalah panduan untuk semua orang tanpa mengira tahapnya dan darjatnya
Bagi org awam yang mengkajinya tak perlu ilmu yang tinggi boleh ambil panduan kerana ada ayat yang jelas, terang untuk dijadikan panduan
Namun ada juga ayat yang samar yang memerlukan kita berguru untuk mendapatkan tafsir yang baik. Disini tahapnya lebih advance dan memerlukan akal dan pemahaman yang baik serta memelukan penjelasan dari org yg lebih alim
Jangan ko faham ayat yang jelas itu, ko rasa senang, ko baca ayat samar, ko pergi buat tafsiran sendiri.. Naya dan sesat ko nanti
Antara tujuan ayat samar ini supaya manusia menggunakan akal berfikir dan faham kepentingan belajar. Dan faham ilmu Allah itu luas dan ada ayat lain untuk menjelaskan yang samar.
Kalau kita tidak angkuh dgn imu kita yang sedikit itu maka kita akan terus belajar untuk mendapat tafsir yang lebih baik dan menggunakannya untuk hidup yang lebih baik
Janganlah kita sekali meninggalkan Al Quran kerana ia adalah panduan yang tidak akan menyesatkan dan menyelamatkan kita di dunia yang fana ini
Semoga faham, maaf kalau tak boleh kasik faham, den tulis saja untuk kawan2 yang nak membaca. Kitakan kengkawan.
Note: hanya Rasulullah dikurniakan kelebihan bercakap sedikit dan mudah difahami. Sebab itu jangan juga ditinggalkan hadith.. Hadith pun ada macam2, ambik dan belajar yang sahih. Dan janganlah argue atas benda2 remeh atas hadis yang daif dgn kejahilan dan keangkuhan
هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Surah al e imran ayat 7 dan 8
Ayat 8 adalah adalah doa lazim yang kita baca dan aminkan semoga faham maksudnya dan dimakbulkan doa. InsyaAllah
Qalbu (hati) dan cinta
Dah lama cuti, dah seminggu tak menulis, biasa tulis pasal akidah itu perkara asas, ibadah perkara ritual, amalan dan disiplin, hari ni cerita pasal fitrah manusia iaitu Qalbu dan cinta
Tapi topic ini jarang dibahas dan agak panjang namun dipendekkan sahaja lah
Org berkata cinta itu buta, ianya buta kerana kita jahil dan tidak mengenali diri sendiri.. Dan tidak memahami apa yang sebenarnya kita mahu atau perlukan. Bukan cinta itu buta, manusia yang membabi buta
Org kata cinta pandang pertama. Tapi cinta itu atas dasar apa ianya yang dipandang. Dan kebanyakan masa atas dasar pandangan yang salah.
Apabila manusia itu muda, tidak berpengalaman, atau org muda dan tua yang jahil. Biasanya cinta itu dilihat dari fitrah nafsu mungkin dari segi kecantikan, harta dunia dan lain. Kebanyakan manusia adalah seperti itu kerana kita semua manusia.
Namun jika pandangan itu kekal, maka kebahagian sementara itu kekal sementara kerana kecantikan dan harta tidak akan kekal.
Sebab itu pasangan yang dari kedua2 nya atau salah satunya yang kekal dengan pandangan nafsu itu tidak akan bahagia. Kerana kedua duanya masih kekal buta atau keserasian itu berkurangan apabila pandangan salah satu nya berubah dalam masa.
Kemudian datangnya fasa dimana manusia faham akan cinta itu yang lebih berkekalan akan kecenderungan pada akhlak baik pasangan. Atau cinta itu semakin berkurangan atas akhlak buruk pasangan.
Walau dari mana pun kita bermula, cinta pada pasangan boleh dan akan bertambah atas pengetahuan akan akhlak baik semulajadi pasangan atau perubahan kepada kebaikan akhlaknya yang secara fitrah membuat kita bertambah suka
Namun cinta yang kekal sebenar adalah pada agama pasangan itu. Kerana pada agama ada ketenangan, akhlak yang baik, ketaatan, percakapan yang baik, tanggungjawap dan sebagainya.
Cinta yang sebenarnya adalah cinta kepada Allah. Kerana dikatakan dalam firmannya, jika kamu ingat kepada Aku, maka aku akan ingat kepada kamu
Panjang lagi kalau nak hurai
Kesimpulannya jika tidak bahagia, boleh lah difikirkan perkara2 diatas, jika kita hendak menilai pasangan kita nilai juga akhlak dan agama kita.
Jika kita mahu bahagia baikilah akhlak dan agama kita dan ajaklah pasangan kita membaiki akhlak dan agamanya.
Kalau nak menikah satu lagi pastikan asas agama itu ada. (Perenggan ini tak dihantar kepada isteri ye).
Kerana fitrahnya perempuan itu cemburu walaupun Fatimah binti Muhammad (anak Rasullullah)
Tanggungjawap lelaki memimpin dan fitrah perempuan adalah bernafsu.
Perihal hati - dengup jantungku
Kalau cakap pasal hati, sampai kiamat pun tak abis. Cerita hati ni tamat hanya bila kita mati apabila jantung dah berhenti berdegup.
Hati yang memandu hidup. Hati adalah jantung yang menyalurkan darah untuk kehidupan.
Kalau tak tau.. Hidup ini adalah berkisar tentang hati. Cuma dari sudut mana manusia melihat tentang hatinya
Kalau kanak2 hatinya untuk kepuasan bermain, org muda mahu hatinya bebas dan ingin rasai cinta, org tua takut hatinya kena penyakit jantung, mungkin..
Haha, nampak macam nak panjang pulak dan lari dari cerita hari ini.. Ini seperti yg dinyatakan.. Soal hati ini amat luas.. Tetapi amat penting sekali kerana secara ringkas iman duduknya di dalam hati, niat datang dari hati, perbuatan dan perkataan dizahirkan dari hati
Cuma hari ini nak lihat dari sudut kesihatan hati sahaja.. Jenis hati pun banyak.. Hati tertutup, hati terbalik dan ada byk lagi
Tetapi dari terminologi kesihatan adalah
Hati sihat - ialah hati mukmin sejati dimana hati yang penuh dgn cahaya keimanan, ia faham akan tujuan hidup dan pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Mungkin dia berdosa, ada sikit2 dosa kecil. Namun dia ampun dosanya atas kebaikanya yang banyak. Mungkin di ampunkan dosa kecil ini diantara solat atau ketika dia sujud dan rukuk atau bila dia beristiqfar
Hati yang sakit - hati yang sentiasa berperang antara imam dan nafsu kemungkaran. Kadang2 iman menang kadang2 nafsu menang. Tahap sakit pun ada yang ringan, ada pertengahan dan ada yang kronic. Tergantung kepada amalan dan sifat keseluruhan yang ada dalam hatinya. Kalau banyak dgn hasad dengki, sombong, dan lain2 maka penyakit hati kronik. Kalau mungkin kadang sahaja, penyakitnya ringan sikit atas kehadiran iman dalam hati.. Cuma imannya tak consistent, tengoklah mungkin seperti pasang surut laut atau laut laut yang bergelora atau seperti laut dilanda taufan.
Hati mati - hati yang gelap, hati yang tidak bercahaya. Hati yang tidak mendapat hidayah dari Allah, hati yang di laknat oleh Allah.
Zahirnya matanya celik dan melihat, akan tetapi hatinya buta. Hatinya hanya ada kesombongan dan kesombongan bukan sahaja kepada manusia tetapi sombongnua juga kepada Allah yang menciptanya.
Hati nya penuh dgn penyakit hati yang banyak dan penyakit ini menular ibarat kancer yang merebak tanpa penawar
Cukup itu sahaja, panjang lagi kalau nak ditulis.. Nanti boring pulak
Kesimpulanya di akhir zaman ini semakin kurang orang yang hatinya sihat, kebanyakan orang hatinya sakit.. Cuma semakin banyak penyakit yang kronik dari sakit yg ringan. Juga semakin banyak yang hatinya mati
Semoga semakin ramai hatinya sihat. Semoga yang hatinya sakit, berfikir dan memeriksa tahap kesihatan hati serta mengenal pasti penyakit hatinya supaya dapat mencari penawar penyakit hatinya
Semoga dihindarkan dari kematian hati, disinari cahaya dan diberi rahmat dan hidayah.
Wallahua'lam
Lalai ( intipati dari ayat2 awal surah yassen)
Fitrah manusia adalah lalai. Manusia sentiasa lalai dan berdosa. Satu pahala akan membawa kebajikan yang lain namun satu dosa walau kecil dan berterusan akan membawa kejahatan yang lain
Walau pun demikian manusia harus sentiasa kembali kepada jalan yang lurus dgn muhasabah dan taubat
Apabila kita selalu sahaja lalai berterusan, kemuncaknya adalan manusia akan lupa dan ragu akan keesaan Tuhan dan disesatkan.
Apabila kemuncak ini terjadi maka Allah akan membelenggu manusia dgn kelalaian kehidupan dunia sahaja.. Dibutakan mata, dan dimatikan hati
Oleh kerana hidayah ini mungkin datang dari 3 penjuru, dari hadapan, belakang dan atas. Di tafsir hadapan dgn melihat masa depannya, belakang adalah dari melihat sejarah, atas iaitu hidayah dari Allah dgn kehendaknya. Jika kemuncak ini terjadi jalan hidayah ini akan ditutup oleh Allah
Maka akan jadi lah dia seperti orang kafir yang sentiasa sesat dan tertanya akan dari mana datangnya mereka, tujuan mereka di muka bumi ini serta kesudahan mereka..
Allah mengatakan bahawa apabila ini terjadi, sama sahaja jika orang ini diberi peringatan atau tidak, dia tidak akan dapat melihat dan mengendahkannya.
Kewajiban yang penting adalah bersolat kerana solat itu ada benteng kepada kemungkaran, solat itu akan mengatakan salah kepada yang batil, solat itu juga akan mengembalikan kita kepada jalan yang lurus
Harapan, harapan menjadi layu
(Extract dari sebuah hadith kudsi)
Manusia adalah hamba yang lemah dan daif yang Allah katakan sentiasa melakukan dosa siang dan malam. Ini adalah apa yang diperakui oleh Allah saw. Dan haruslah kamu mengakuinya dan memohon ampun kepada Allah. Nescaya Allah jika inginkan maka diampunkan semua.
Namun haruslah, manusia mengaku dosa yang dilakukan oleh kerana kedaifan atas kegagalan godaan nafsu ini. Akan tetapi haruslah dgn sentiasa meningkatkan amal. Namun bukan dosa atas keingkaran dan kedegilan.
Kita harus sentiasa berharap kepada keredhaan, belas kasihan dan keampunan Allah senantiasa. Sikap mengharapkan yang dituntut haruslah disertai dgn amalan dan bukan angan2 semata2
Dan jika semua orang dan jin dari awal dan akhir itu bertaqwa kepada Allah maka tidak sedikit amalan ini pun menambahkan kepada kerajaan Aku. Kata Allah saw.
Dan jika sekiranya dari awal hingga akhir manusia dan jin itu melakukan kekufuran maka ia tidak sedikit pun mengurangan kerajaan Aku.
Dan jika sekiranya dikumpulkan semua manusia dan jin pada suatu tempat dan dan dimakmulkan semua permintaan mereka namun tidak sedikit pun mengurangkan dari perbendaharaanNya. Umpama jarum yg dicampak ke laut.
Orang yang bijak adalah org yang sentiasa menyiapkan bekalan amalan bagi kehidupan selepas dunia
Namun orang yang bodoh hanya memasang harapan namun berlaku mungkar. Tanpa meningkatkan amalnya. Juga org yang rugi adalah org yang mengatakan mereka bersangka baik terhadap Allah namun apabila mereka keluar dari dunia ini, mereka hanya membawa amal yang sedikit.
Oleh kerana sangka baik hendaklah disertakan dgn amal. Orang yang bodoh adalah org yang harap rahmat dari Allah namun tidak melakukan apa yang dituntut oleh Allah dari hambaNya