Monday, February 29, 2016

Air oh air

Kita ini sebagai orang islam beriman kepada benda ghaib yang tak nampak oleh mata kita. Seperti malaikat, hari akhirat dan sebagainya. Ia adalah dugaan kita untuk menerima dan yakin. 

Kita perlulah yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dan pentadbiran Allah adalah Maha halus dan teliti

‎وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

‎كِرَامًا كَاتِبِينَ
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

‎يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
 Surah Infitar ayat 10-12

‎أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Surah Al Mulk ayat 14

Di sebalik itu, kita ni kadang lupa bahawa sebalik perkara ghaib itu kita dikurniakan Allah pendengaran, penglihatan dan hati untuk memerhatikan kekuasaanNya.

Asas kehidupan adalah air. Tanpa air tiadalah kehidupan ni. Tandus dan kering kontang bumi ini. 

Allah menjadikan bumi sesuai untuk kehidupan manusia dgn sumber air dan justeru kehidupan tumbuhan dan haiwan.

Hanya Allah yang mutlak menurunkan hujan dan mengadakan sumber air. Bukanlah manusia yang boleh mengawal atau mentakdirkan kehadiran air. Ianya di luar kemampuan manusia. Hanya lah Allah pentadbir alam yang berkuasa atas air.

Jika nak ditambah sedikit lagi. Apabila datangnya dajjal al masih nanti. Dia akan mendustakan dan menyesatkan manusia dgn air. 

Dengan izin Allah, dajjal boleh menurunkan air dari langit kepada manusia yang diputuskan dari air setelah mereka mengaku dajjal adalah tuhan.

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". Surah Al Mulk ayat 30

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Surah Al Waqia ayat 68-70

No comments:

Post a Comment