Friday, February 26, 2016

Ketam oh ketam

Islam itu agama yang lengkap. Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan. Iyanya lengkap berpandukan Al Quran dan hadith. Segalanya ada hukum dan prinsip yang disandarkan. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan dan pembalasan Allah sama ada kebaikan atau keburukan. Sehingga seperti diperkatakan jatuhnya sehelai daun pun di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah dan urusanNya.

Jadinya, atas dasar itu, aspek yang yang utama dan asas dalam Islam adalah keyakinan yang bulat semata-mata atas agama itu dan segala yang diturunkan dan diajar oleh Allah dan Rasul. 

Sesungguhnya, ilmu Allah itu Maha luas. Dan kita haruslah menyakini tanpa ada sebarang keraguan.

Umat dizaman dahulu hebat imannya tidak tertanding oleh umat zaman sekarang. Keyakinan diri mereka adalah amat tinggi dan justeru tahap imannya adalah amat tinggi berbanding umat akhir zaman ini.

Jika dibandingkan dgn apa yang ditunjukkan Allah kepada umat dahulu dan sekarang. Umat zaman dahulu perlu semata2 menyakini segala kebesaran Allah itu. Dibandingkan dengan zaman sekarang dan akan datang, dimana kebesaran Allah itu lebih nampak dan ianya lebih mudah diyakini.

Contohnya israk dan mikraj, pengadilan dan hisab Allah secara serentak dan pantas. Mungkin amat sukar bagi umat dahulu menyakininya, tetapi mereka tetap yakin. Dengan teknologi yang canggih sekarang, banyak perkara yang tidak terfikir dan dikira mustahil dapat diwujudkan. Adalah sepatut lebih mudah kita meyakini dan beriman atas ilmu kita yang sedikit berbanding ilmu dan kebesaran dan kekuasaan Allah yang amat luas dan tinggi. Akan bahawasaya Allah mampu melakukan apa yang akal kita fikir mustahil.

Secara umumnya sepatutnya tahap keyakinan dan iman umat zaman sekarang adalah lebih tinggi. Namun hakikatnya iman dan keyakinan itu tidaklah setinggi mana.

Itu sebenarnya mukaddimah sahaja.. Panjang yer.. Hahaha.. Kena panjang kali ini bagi mencerahkan kepada umat sekarang yang celik dan mahu melihat logic bagi banyak benda dan suka bercakap dan berbahas.

Apa yang diperkatakan adalah keyakinan yang mutlak atas agama ini. Soal akidah dan tauhid. Islam merangkumi segala aspek itu perlu diyakini. Islam itu merentasi zaman dahulu sekarang dan selamanya, itu perlu diyakini.

Buat lah apa pun dan bercakaplah apa pun namun akidah dan tauhid  perlu dijaga. Kalau tak tahu apa yang perlu diyakini dan apa itu yang terkandung dalam islam, pergilah belajar dan diam aja lah. Dibimbangi akidah kita tergelincir oleh kena bercakap dan berbuat atas dasar akal dan pemikiran logik semata. Kerana jika kita yakin akan Allah dan agama, ilmu kita dan akal kita amatlah cetek. Semudah kita mengatakan ilmu kifayah diwaktu dulu itu sedikit dibanding sekarang. Samalah apa yang akan diperkatakan kepada kita oleh umat akan datang kepada kita di zaman sekarang

Harap2 dgn mukaddimah yang panjang ini Keyakinan yang membaca akan bertambah dan masuk akal.

Apa yang hendak diperkatakan hari ini adalah berkenaan dengan tabiat org zaman sekarang. Tak kira siapa pun samada org islam awam, para alim dan ulama, para pemimpin dan sebagainya.

Again, bercakap lah dan berbuat apa sahaja, akidah dah tauhid perlu dijaga. Keyakinan kepada Allah dan apa yang dituntut dan disyariatkan perlu ada. 

Berfikir sebelum bercakap, kalau hendak bercakap dan tidak tahu jurisdiction dan panduan islam dalam perkara yang hendak dicakapkan baik lah diam sahaja.. Dibimbangi atas kejahilan, kita bercakap dan membuat kenyataan atas sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan..Pergi belajar dan buat kajian. Jangan bercakap melulu dan menggunakan akal semata2 sahaja.. Jagalah akidah dan tauhid.

Ini umum sahaja, para alim dan ulama juga termasuk. Ini adalah kerana diakhir zaman ini walau pun yang alim (berpengetahuan), keyakinan dan imannya belum tentu tinggi. Byk org temasuk lah org alim dan ulama yang menggadaikan agama kerana sedikit kesenangan dunia.

Kerana dikatakan dan semua org tahu apa yang telah dikatakan Rasul bahawa umat islam diakhir zaman ini ramai tapi imannya senipis kulit bawang. Oleh kerana kecintaannya kepada dunia dan kurang meyakini akan hidup selepas mati.

Akan hadir juga di akhir zaman pemimpin dam orang alim dan ulama yang jahat. Kadang2 mereka ini tidak perasan pun mereka menyimpang. Ada juga sebilangan yang memang jahat.. Dari golongan munafik mutlak. Seharusnya lah kita menilai mereka ini. Tak ada papan tanda di atas kepala mereka yg mengatakan aku pemimpin atau orang alim yang jahat.

Kita semua manusia yang selalu melakukan dosa. Walau banyak dosa sekali pun, namun akidah dan tauhid perlu dijaga sentiasa dan dgn rapi. Apa dosa sekali pun jika sampai masa bertaubat insyaAllah akan diampuni Allah. Cuma kalau terlalu mengarut iaitu lalai, bimbang tunggu punya tunggu, delay punya delay tak sempat taubat malaikat maut dah sampai.

Namun dosa melanggar akidah ini amat berat dan jika tergelincir hanya boleh terampun jika kita kembali bersyahadah dan bertaubat

Kalau kurang ilmu jadilah umat islam yang awam diam sahaja. Kalau nak banyak cakap banyakkan lah ilmu. Kalau dah berilmu bercakap dengan iman dan berdasar asas islam walau pun pada akal kononnya issue itu complicated dan moden. Walau serumit mana issue itu, ada hukum dan syariat yang yang termaktub.

Maaf.. Terpanjang pulak.. Kerana ini issue penting dan semakin terabai.. Saya cuma risau

Kerana semakin ramai yang melihat agama itu tidak releven tanpa disedari, semakin ramai yang membahagi2. Semakin ramai yang mempamirkan seakan akan ilmu dan urusan agama ini susah. Ada juga yang menyembunyikan ilmu itu seperti orang alim kitab kitab terdahulu.

Semakin kaya seorang itu atau semakin beriman dan berilmu ia, semakin banyak dugaannya.

Dikatakan dijika kamu itu miskin, maka bersyukurlah kamu kerana dilindungi dari penyakit hati orang kaya iaitu sombong, oleh itu amat buruk lagi bagi orang miskin yang sombong.

Samalah bagi ilmu, sangat rugi bagi yang berilmu tapi tidak meyakini dan bercakap menggunakan akal tanpa iman. Lebih buruk lah bagi orang yang kurang berilmu dan imannya., bercakap membuta tuli

A few things disturbed me today ... Ini lah hasilnya.. Panjang tulisan dan bebelannya.. Hehehe

Urusan hidayah dan terbuka hijab penglihatan ini hanyalah urusan Allah semata-mata, terpulang kepada siapa Dia hendak kurniakan. Ia bukan urusan manusia temasuk Rasul.

Didoakan semoga dikurniakan hidayah dan merasai kemanisan iman dan ibadah

Wallhuaa'lam





No comments:

Post a Comment