Thursday, March 17, 2016

Biasa ku dengar, tapi....

Ilmu itu kalau dibelajar tak ditulis atau disimpan akan hilang. Jika belajar ilmu sekadang dengar ibarat melakar pena di permukaan air. 

Jika dibaca atau didengar lalu ia ditulis atau disimpan, ia ibarat menulis diatas batu.

Hari  ini tulis benda yang mungkin biasa dengar.. Namun entah fikirkan sendirilah..

Ketaatan kepada suami adalah didahuluikan melebihi kepada ibubapa. Ibubapa mendapat pahala atas ketaatan ini.

Apabila terjadi akad nikah, maka ketaatan kepada ibubapa berpindah kepada suaminya.

Taat dan berbuat baik kepada ibubapa tetap wajib namun taat kepada suaminya adalah lebih wajib dan utama.

Jika ibubapa menyuruh mereka diutamakan mereka, disaat suaminya mengkehendakinya, maka ibubapa itu berlaku zalim. 

Namun jika suami adalah baik haruslah dia bertolak ansur atas permintaan untuk menziarah ibubapa kerana itu menjaga silaturrahim. Juga membenar ia ke masjid selagi tiada berlaku fitnah.

Pernikahan itu ibarat perhambaan dan tawanan, namun pengambilan hak itu adalah amanah dari Allah. Oleh itu pemilihan bakal suami oleh ibubapa dan calon isteri adalah sangat penting.

Kerana sehingga haram bagi isteri berpuasa sunat jika suaminya tidak mengizinkan ia. Juga perlu membatalkannya jika suami berkeinginan.

Sehingga jika suami dekat kepada isterinya hendaklah ia semakin dekat. Menjaga hidung, telinga dan mata suaminya atas keadaan fizikal isteri adalah kewajipan isteri.

Namun atas hak suami atas isterinya, ada hak isteri atas suaminya. Hak ini adalah berbeza-beza. Tidaklah seperti kebanyakan umat zaman sekarang yang terpengaruh dengan ajaran lain dan pemikiran sekular dimana, hak-hak wanita itu perlu sama dengan hak-hak lelaki.

Adalah kesilapan isteri lebih mengutamakan ibubapanya apatah lagi perkara2 lain. Adalah kesilapan suami mengutamakan isterinya dari ibubapanya.

Di zaman sekarang ini adalah kesilapan bagi ibubapa yang hanya memilih suami bagi anak yang atas sebab kebendaan sahaja. Atau juga tidak mengambil tahu pemilihan anaknya.

Adalah kesilapan bagi wanita memilih suami atas hanya kebendaan dan mendengar kehendaknya. Kerana kecantikan dan usia muda itu tidak berkekalan.

Adalah kesilapan bagi lelaki yang memilih isteri atas sebab lain jika tidak diutamakan agamanya dan kebolehan isteri mentaatinya.

Di zaman sekarang ini, atas sebab kekurangan ilmu dan kepimpinanan dari pihak suami, suami gagal mendidik isterinya, justeru membiarkan isteri jahil dan derhaka.

Di zaman sekarang atau diwaktu usia tua, tolak cerita kedua suami isteri jahil dan fasik. Ada juga ada isteri yang sedar serta beribadat namun ibadatnya itu tidak mendapat redha suaminya, walau pun suaminya jahil. Ada juga suami yang beribadat tapi dibiarkan sahaja isterinya. Habis pahala ibadat suami itu untuk dibayar kepada isterinya, tinggal saja dosanya dan ditanggung lagi dosa2 isterinya.

1 comment:

  1. As salaam Bereng, nice one. Keep it up. Aku kadang kadang jenguk jugak ko kat sini. Anyway moga ko and famili baik baik semua dibawah lindungan-Nya... take care bro.
    Wassalam
    Al Amin

    ReplyDelete