Kamukah, kitakah atau Dialah
Semalam ada kenalan zaman sekolah meninggal at the age of 42. Ayah aku and mother in law aku pun dah start sakit sakit at age 67.
Yang lain kita ini masih sihat dan hidup, sibuk dgn urusan masing-masing. Apa sahaja yang telah berlaku, yang kita uruskan akan jadi sejarah. Dari sekecil2 urusan remeh, urusan peribadi, kekeluagaan, syarikat, negara dan dunia
Allah itu adalah yang menguasai pentadbiran langit dah bumi
Kita ini yang kerdil mentadbir urusan sesuatu paling tidak urusan diri sendiri atau keluarga
Jika kita mahu berfikir kita mentakbir sesuatu dgn tujuan tertentu dan tersendiri. Kalau kita tak tau tujuan apa, kita ni main pakai belasah ikut orang, ikut trend dan sebenarnya ada sesuatu lah dalam dunia ini menentukan hala tuju itu bagi kita.
Kalau tak pernah fikir, kita ini dah akhir zaman, kerajaan islam terakhir, kerajaan ottmaniah jatuh tahun 1920an dulu selepas 700 tahun. Yang ada sekarang adalah kerajaan serpihan yg amat sedikit. Yang mengusai dunia sekarang adalah yahudi. ( ini paragraph sampingan je..)
Seperti kata Nabi saw, umat islam sekarang lemah sehingga yahudi masuk lubang biawak pun org islam akan ikut. Islam akan bangkit semula.. Cuma mungkin kebangkitan itu mungkin menjuruskan kepada hari kiamat. Dunia ini sudah semakin kecil. Sistem capitalism pun dah semakin tepu.. Semakin sempit untuk kekayaan nak dikaut lagi. Hanya boleh mula semula dgn peperangan sahaja. Cuma takut perang ini perang dunia yg terakhir je... Aku risau juga kalau hidup disaat dajjal dah terlepas (ini pun para sampingan)
Setiap cerita atau pun sejarah akan ada permulaan dan pengakhirannya.
Kita cakap pasal sejarah hidup manusia ajalah. Biasanya fasa kita berubah setiap 10 tahun. Kalau tak sedar especially kalau dah berumur tu naya lah.
Kalau pada kadar umur biasa dah menginjak fasa 50an atau 60an.. Dan permulaan pada 40an.. Dah dekat dengan fasa kematian. Sepatutnya kesedaran itu sudah ada dan sepatutnya persediaan itu patutlah dipertingkatkan
Kalau kita masih lupa.. Kita ini hamba Allah. Kita tidak berkuasa akan kejadian di dalam rahim ibu dimana air mani itu bertukar kepada insan.
Kita ini mungkin mampu menguruskan sesuatu setakat yang kita mampu urus dan selebihnya diuruskan oleh org lain tanpa sedar. Negara ini atau dunia ini org lain yg urus, dan kita adalah sebahagiannya darinya.
Namun siapa yang urus langit, bumi, cuaca, tumbuhan, binatang dan manusia ini? Semestinya Allah.. Ada kitab lain ke yg menceritakan urusan ini? Hanya Al Quran... Aku tau lah sebab aku belajar divinity dan perbandingan agama dekat 2 tahun. Tak ada kitab yang menjelaskan dan memperingatkan seperti Al Quran. Masih ragu dan nak pakai akal yang sempit?
Yakinlah ada kuasa yang lebih besar, yang mentadbir segalanya. Yang tidak akan mati. Kamel attartuk pun mati. Dan kuasa besar ini adalah Tuhan sekalian alam yakni Allah. Dan Allah menjadikan kita untuk menyembahNya. Beribadat untuk diri sendiri bagi mendapat redhaNya.
Paling tidak fikirkanlah, kita tanam pokok, boleh boleh ke kita tentukan ia berbuah atau tidak mati. Boleh kita tentukan kita kekal hidup atau sihat? Renunglah... Ibu bapa, nenek moyang kita telah mati. Selepas mati kita ini dilupakan.
Yang ada hanya kita di dalam kubur dan sendiri mengadap Allah dan menjawap apa yang telah kita kerjakan semasa hidup
نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
أَفَرَأَيْتُم مَّا تُمْنُونَ
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
Ayat-ayat surah Al Waqia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment