Monday, February 29, 2016

Air oh air

Kita ini sebagai orang islam beriman kepada benda ghaib yang tak nampak oleh mata kita. Seperti malaikat, hari akhirat dan sebagainya. Ia adalah dugaan kita untuk menerima dan yakin. 

Kita perlulah yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dan pentadbiran Allah adalah Maha halus dan teliti

‎وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

‎كِرَامًا كَاتِبِينَ
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

‎يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
 Surah Infitar ayat 10-12

‎أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Surah Al Mulk ayat 14

Di sebalik itu, kita ni kadang lupa bahawa sebalik perkara ghaib itu kita dikurniakan Allah pendengaran, penglihatan dan hati untuk memerhatikan kekuasaanNya.

Asas kehidupan adalah air. Tanpa air tiadalah kehidupan ni. Tandus dan kering kontang bumi ini. 

Allah menjadikan bumi sesuai untuk kehidupan manusia dgn sumber air dan justeru kehidupan tumbuhan dan haiwan.

Hanya Allah yang mutlak menurunkan hujan dan mengadakan sumber air. Bukanlah manusia yang boleh mengawal atau mentakdirkan kehadiran air. Ianya di luar kemampuan manusia. Hanya lah Allah pentadbir alam yang berkuasa atas air.

Jika nak ditambah sedikit lagi. Apabila datangnya dajjal al masih nanti. Dia akan mendustakan dan menyesatkan manusia dgn air. 

Dengan izin Allah, dajjal boleh menurunkan air dari langit kepada manusia yang diputuskan dari air setelah mereka mengaku dajjal adalah tuhan.

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". Surah Al Mulk ayat 30

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Surah Al Waqia ayat 68-70

Friday, February 26, 2016

Aku blur

Hmmm.. Lama dah tak tulis. Mungkin kena tulis. Kadang2 bukan tak tau apa nak tulis. Banyak perkara yang boleh ditulis dan list yang nak ditulis bertambah byk sampai dah tak tau apa yang nak ditulis.

Itulah masalahya di zaman sekarang ini.. Terlalu banyak permasaalahan..terlalu banyak perkara yang patut diambil berat tetapi tidak dihiraukan dan diringankan. Nak tulis perkara2 ringan dan santai sahaja. Tetapi banyak perkara besar yang perlu di highlight pada zaman ini.  

Sekarang aku tgh fikir apa yang patut tulis.. Nak tulis betapa kita ini ingkar dan Allah murka kepada kita atau nak tulis nikmat Allah yang terlalu banyak dan dia Maha mengasihani dan Maha pengampun.

Ok lah ditolak issue akidah dan tauhid yang perlu lepas syaratnya.. Juga masalah yang agak besar sekarang

Lepas tolak persoalan asas akan ibadah fardhu yang juga kena lepas.

Manusia zaman sekarang ini, byk terdedah kepada informasi atas mudahnya informasi yang terpampang di depan mata dan dihujung jari.

Mungkin, manusia itu rasa ilmu pengetahuannya banyak dan banyak perkara yang dia boleh cakap dan perkatakan. Mungkin orang sekarang lebih outspoken and critical.

Hmmm.. Kita cakap pasal 'ghibbah' iaitu percakapan yang sia2. Kita pendekkan sahaja lah. 

Kita perlu kurang dan mengawal diri dari bercakap benda yang sia2. Bercakaplah lebih dengan ilmu dan kesedaran.

Janganlah kita bercakap main pakai cakap dan melulu.. Kerana perkataan in adalah lafaz. Atas keadaan sekarang ditakuti kita bercakap perkara berkenaan tauhid dan akidah yang kita kurang ilmu, lalu relate kan kepada keaadan semasa yg menyebabkan kita sesat dan kufur

Atau pun kita nak sangat comment orang dgn niat yang salah. Sampai kita membuka aib orang untuk menunjukkan kita ni betul. Dibimbangi nanti Allah membuka aib kita didunia ini dan diakhirat. Kerana aib kita ini tak kira sesiapa pun kecuali Rasul dan Nabi adalah terlalu banyak.

Bukan itu sahaja pada zaman sekarang ini. Bukan issue buka aib orang sahaja, sekarang dengan pergaulan yang meluas dan kehadiran media social, manusia sekarang sampai tahap membuka aib diri sendiri.

Kita tak perlu lah bercakap, tanpa kita sedari kita membuka aib diri sendiri atas dasar bangga atas perbuatan salah kita. Atau pun membuka aib tanpa disedari atas runtunan bersocial.

Rahmat Allah adalah menutup aib kita. Jika kita membuka aib org apatah aib diri sendiri adakah kita ini dirahmati?

Semoga Allah membuka mata kita atas aib kita dah kesalahan kita.. Dan memberi peluang untuk kita memohon keampunan dan taubat

Semoga Allah merahmati kita selalu dan sentiasa menutup aib kita di dunia dan di akhirat

Wallahua'lam
Ketam oh ketam

Islam itu agama yang lengkap. Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan. Iyanya lengkap berpandukan Al Quran dan hadith. Segalanya ada hukum dan prinsip yang disandarkan. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan dan pembalasan Allah sama ada kebaikan atau keburukan. Sehingga seperti diperkatakan jatuhnya sehelai daun pun di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah dan urusanNya.

Jadinya, atas dasar itu, aspek yang yang utama dan asas dalam Islam adalah keyakinan yang bulat semata-mata atas agama itu dan segala yang diturunkan dan diajar oleh Allah dan Rasul. 

Sesungguhnya, ilmu Allah itu Maha luas. Dan kita haruslah menyakini tanpa ada sebarang keraguan.

Umat dizaman dahulu hebat imannya tidak tertanding oleh umat zaman sekarang. Keyakinan diri mereka adalah amat tinggi dan justeru tahap imannya adalah amat tinggi berbanding umat akhir zaman ini.

Jika dibandingkan dgn apa yang ditunjukkan Allah kepada umat dahulu dan sekarang. Umat zaman dahulu perlu semata2 menyakini segala kebesaran Allah itu. Dibandingkan dengan zaman sekarang dan akan datang, dimana kebesaran Allah itu lebih nampak dan ianya lebih mudah diyakini.

Contohnya israk dan mikraj, pengadilan dan hisab Allah secara serentak dan pantas. Mungkin amat sukar bagi umat dahulu menyakininya, tetapi mereka tetap yakin. Dengan teknologi yang canggih sekarang, banyak perkara yang tidak terfikir dan dikira mustahil dapat diwujudkan. Adalah sepatut lebih mudah kita meyakini dan beriman atas ilmu kita yang sedikit berbanding ilmu dan kebesaran dan kekuasaan Allah yang amat luas dan tinggi. Akan bahawasaya Allah mampu melakukan apa yang akal kita fikir mustahil.

Secara umumnya sepatutnya tahap keyakinan dan iman umat zaman sekarang adalah lebih tinggi. Namun hakikatnya iman dan keyakinan itu tidaklah setinggi mana.

Itu sebenarnya mukaddimah sahaja.. Panjang yer.. Hahaha.. Kena panjang kali ini bagi mencerahkan kepada umat sekarang yang celik dan mahu melihat logic bagi banyak benda dan suka bercakap dan berbahas.

Apa yang diperkatakan adalah keyakinan yang mutlak atas agama ini. Soal akidah dan tauhid. Islam merangkumi segala aspek itu perlu diyakini. Islam itu merentasi zaman dahulu sekarang dan selamanya, itu perlu diyakini.

Buat lah apa pun dan bercakaplah apa pun namun akidah dan tauhid  perlu dijaga. Kalau tak tahu apa yang perlu diyakini dan apa itu yang terkandung dalam islam, pergilah belajar dan diam aja lah. Dibimbangi akidah kita tergelincir oleh kena bercakap dan berbuat atas dasar akal dan pemikiran logik semata. Kerana jika kita yakin akan Allah dan agama, ilmu kita dan akal kita amatlah cetek. Semudah kita mengatakan ilmu kifayah diwaktu dulu itu sedikit dibanding sekarang. Samalah apa yang akan diperkatakan kepada kita oleh umat akan datang kepada kita di zaman sekarang

Harap2 dgn mukaddimah yang panjang ini Keyakinan yang membaca akan bertambah dan masuk akal.

Apa yang hendak diperkatakan hari ini adalah berkenaan dengan tabiat org zaman sekarang. Tak kira siapa pun samada org islam awam, para alim dan ulama, para pemimpin dan sebagainya.

Again, bercakap lah dan berbuat apa sahaja, akidah dah tauhid perlu dijaga. Keyakinan kepada Allah dan apa yang dituntut dan disyariatkan perlu ada. 

Berfikir sebelum bercakap, kalau hendak bercakap dan tidak tahu jurisdiction dan panduan islam dalam perkara yang hendak dicakapkan baik lah diam sahaja.. Dibimbangi atas kejahilan, kita bercakap dan membuat kenyataan atas sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan..Pergi belajar dan buat kajian. Jangan bercakap melulu dan menggunakan akal semata2 sahaja.. Jagalah akidah dan tauhid.

Ini umum sahaja, para alim dan ulama juga termasuk. Ini adalah kerana diakhir zaman ini walau pun yang alim (berpengetahuan), keyakinan dan imannya belum tentu tinggi. Byk org temasuk lah org alim dan ulama yang menggadaikan agama kerana sedikit kesenangan dunia.

Kerana dikatakan dan semua org tahu apa yang telah dikatakan Rasul bahawa umat islam diakhir zaman ini ramai tapi imannya senipis kulit bawang. Oleh kerana kecintaannya kepada dunia dan kurang meyakini akan hidup selepas mati.

Akan hadir juga di akhir zaman pemimpin dam orang alim dan ulama yang jahat. Kadang2 mereka ini tidak perasan pun mereka menyimpang. Ada juga sebilangan yang memang jahat.. Dari golongan munafik mutlak. Seharusnya lah kita menilai mereka ini. Tak ada papan tanda di atas kepala mereka yg mengatakan aku pemimpin atau orang alim yang jahat.

Kita semua manusia yang selalu melakukan dosa. Walau banyak dosa sekali pun, namun akidah dan tauhid perlu dijaga sentiasa dan dgn rapi. Apa dosa sekali pun jika sampai masa bertaubat insyaAllah akan diampuni Allah. Cuma kalau terlalu mengarut iaitu lalai, bimbang tunggu punya tunggu, delay punya delay tak sempat taubat malaikat maut dah sampai.

Namun dosa melanggar akidah ini amat berat dan jika tergelincir hanya boleh terampun jika kita kembali bersyahadah dan bertaubat

Kalau kurang ilmu jadilah umat islam yang awam diam sahaja. Kalau nak banyak cakap banyakkan lah ilmu. Kalau dah berilmu bercakap dengan iman dan berdasar asas islam walau pun pada akal kononnya issue itu complicated dan moden. Walau serumit mana issue itu, ada hukum dan syariat yang yang termaktub.

Maaf.. Terpanjang pulak.. Kerana ini issue penting dan semakin terabai.. Saya cuma risau

Kerana semakin ramai yang melihat agama itu tidak releven tanpa disedari, semakin ramai yang membahagi2. Semakin ramai yang mempamirkan seakan akan ilmu dan urusan agama ini susah. Ada juga yang menyembunyikan ilmu itu seperti orang alim kitab kitab terdahulu.

Semakin kaya seorang itu atau semakin beriman dan berilmu ia, semakin banyak dugaannya.

Dikatakan dijika kamu itu miskin, maka bersyukurlah kamu kerana dilindungi dari penyakit hati orang kaya iaitu sombong, oleh itu amat buruk lagi bagi orang miskin yang sombong.

Samalah bagi ilmu, sangat rugi bagi yang berilmu tapi tidak meyakini dan bercakap menggunakan akal tanpa iman. Lebih buruk lah bagi orang yang kurang berilmu dan imannya., bercakap membuta tuli

A few things disturbed me today ... Ini lah hasilnya.. Panjang tulisan dan bebelannya.. Hehehe

Urusan hidayah dan terbuka hijab penglihatan ini hanyalah urusan Allah semata-mata, terpulang kepada siapa Dia hendak kurniakan. Ia bukan urusan manusia temasuk Rasul.

Didoakan semoga dikurniakan hidayah dan merasai kemanisan iman dan ibadah

Wallhuaa'lam





Jiwa oh jiwa
(Dari ayat2 surah An Naml) 

- Sesungguh nya orang2 Islam yang wajib mengimani , menyakini dan meghayati akan hari Akhirat.
- ia akan memberi sebab untuk hidup dan menjadikan kita orang2 yang ada tujuan dan menjadikan kita tahu bahawa kita adalah lebih mulia dari orang kafir, fasik dan munafik yang tidak punya tujuan hidup sebenar atas keraguan atas hari akhirat

‎وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah An Naml ayat 77

- beza antara orang islam yang meyakini hari akhirat dari yang tidak mempercayai atau ragu adalah jiwanya.. Bagi org yang menyakini jiwanya tenteram dan luhur dan sebalik nya ada lah jiwa yang tidak tenteram dan kosong
-bagi org islam yang sakit maka dia akan tahu bahawa sakit adalah janji Allah bahawa manusia akan menemui kematian, dan sakit itu adalah ujian dan penghapus dosa
- jika dilihat jika manusia masih muda dan mempunyai kekuatan, mereka akan sibuk dan mencari hal2 dunia semata mata
- hanya apabila tua bila kekuatan telah berkurangan mereka merasa hilang arah dan hidup ini tanpa pedoman dan tujuan
- hanya orang islam yang sedar apabila tua perlunya sibuk menambah amal ibadat sebagai bekal untuk akhirat kerana saat kematian adalah hampir
- samalah kita membaiki ibadah asas dan menjaga rukun, dan menambahkan kebaikan walaupun sedikit
- semoga Allah menjaga jiwa kita, dan tidak dibiarkan kita sesat sehingga hari tua kita

‎إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan. 

‎أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَهُمْ سُوءُ الْعَذَابِ وَهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang paling rugi.
Surah an Naml ayat 4-5

‎إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).

‎وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. Surah An Naml ayat 81-82

Ku turutkan hati 50-50.. Ku turutkan nafsu badan binasa

Di dalam tubuh manusia dijadikan segumpal darah, yang dinamakan hati, jika baik darah ini maka baiklah amal dan perbuatan manusia. Jika buruk darah ini maka buruklah amal dan perbuatan manusia itu

Di dalam hati letaknya iman dan lawannya adalah  al halwa iaitu nafsu. Iman dan nafsu ini sentiasa berperang. Jika iman sentiasa menundukkan nafsu maka amal dan perbuatan manusia itu baik dan sebaliknya

Manusia, jin dan syaitan dikurniakan Allah nafsu dan akal, cuma malaikat dikurniakan akal sahaja tanpa nafsu

Ada org berkata hatinya baik, namun kebanyakan amal dan perbuatan serta apa yang dituturkan tidak baik. Makan hatinya adalah buruk. Ini kerana hati yang baik akan menzahirkan apa yang baik

Ada orang yang berkata 'be your self'. Jika di biarkan kita mengikut sahaja diri kita kebanyakan kita hanya akan mengikut hawa nafsu semata mata.

Kalau anak, isteri atau pekerja kita tidak mengikut kata dan perintah kita, kita akan marah. Kita rasa kita berhak atas nafkah dan gaji yang di berikan. Ini kan pula kepada Allah yang mencipta dan memberi segala nikmat kepada kita.

Perbezaan antara manusia adalah tujuannya hidup dimuka bumi ini. Jika tujuannya kebanyakan keduniaan dan mengharap pengiktirafan dan redha manusia, maka dia kebanyakan masa mengikut nafsu hati. Akan tetapi jika tujuannya untuk mengharap redha Allah maka dia mengikut imannya.

Maka adalah penting kita mengenali hati kita. Akan mengetahui makanan hati kita iaitu sifat, akhlak dan perbuatan yang baik seperti merendah diri, ikhlas, bertolak ansur, bersangka baik dll. Juga memahami penyakit hati kita seperti sombong dan bongkak, riak dll.

Semoga dgn menjaga hati kita menjadi insan yang lebih baik

Ku fikir kan.. Rupanya.. Tipah tertipu

Lebih kurang dari sebuah hadis yang mencerita seorang badwi dari Najjah berjumpa Rasullullah saw ingin bertanya tentang Islam, lalu bertanya dia kepada Rasullullah saw, apa yang perlu dilakukan sebagai seorang muslim. 

Rasullullah menjawap solat 5 waktu siang dan malam. Lalu ditanya lagi jika ada solat lain yang perlu dikerjakan. Rasullullah menjawap tiada kecuali jika kamu mahu melakukan solat sunat.

Bila ditanya lagi apa ibadat lain yang perlu dilakukan. Rasullullah menjawap puasa Ramadhan. Dan seterusnya...

Hidup dan ibadah ada tingkat darjat atas ibadah itu yang dilakukan. Ibadah yang tinggi darjahnya adalah dengan menunaikan, mempertingkatkan quality dan memberatkan amalan fardu dari amalan amalan sunat.

Namun dalam perkara2 wajib juga terbahagi dan dilepaskan tanggung jika seorang atau sebahagiaan melakukannya. Itu adalah pecahan antara fardu ain dan fardu kifayah

Sambil menjaga ibadat rukun dituntut juga melakukan amalan sunat seiringan

Namun dikata oleh ulama fiqah, orang yang memberatkan amalan sunat tetapi meremehkan atau lalai dalam perkara2 fardu sebagai orang yang tertipu

Seperti selepas selesai perkara tauhid dan iman kita, perkara awal yang dihisab adalah solat dan solat fardu.. 

Wallahua'lam 

Sayang oh sayang

- Orang dulu kata sayang anak ditimang-timangkan. Sayang isteri ditinggal tinggalkan
- Dalam perjalanan hidup berkeluarga biasa, kita awalnya sibuk mancari penghidupan untuk keluarga muda
- Awalnya pandangan adalah untuk memberi anak dan isteri nafkah. Menjadi naluri orang yang bermoral untuk menyediakan yang terbaik
- Semua orang sayang anak dan isteri. Dan naluri kita adalah untuk memberi yang lebih baik dari apa yang kita kecapi diwaktu kita kecil
- Di zaman ini modern ini banyaklah perkara yang boleh dilakukan untuk menzahirkan sayang kita. Oleh kerana mungkin kita mampu kita memberi banyak kemudahan dan pemberian kepada anak2 kita
- Akan tetapi adakah kita menjaga dan memberi pendidikan yang betul. 
- Dikatakan diakhir zaman ini. ibubapa banyak diperhambakan oleh anak2..sudut yang biasa dilihat anak menggunakan ibubapa dengan mengambil kesempatan atas ibubapa yang daif
- Namun satu lagi sudut ialah anak menghambakan ibubapa yang berkemampuan dengan mengambil kesempatan ibubapa atas kasih dan sayang mereka. Kerana ibubapa mana yang ingin melihat anak2 mereka susah
- Kebanyakan pendidikan yang kita beri adalah untuk menyediakan mereka untuk menjalani kehidupan dunia ini terutama pelajaran. Namun adakah kita menyediakan mereka untuk kehidupan akhirat?
- Ramai yang sayang anak dgn memberi segala keperluan material yang termampu
- Ramai kah yang memberi keperluan rohani? Adakah kita didik anak kita untuk menunaikan solat, membaca Al Quran?
- Sayangkah kita kepada anak dan isteri untuk menyelamatkan mereka dari neraka? Sayangkah kita kepada mereka dgn menyuruh mereka bersolat. Marahkah kita kepada mereka jika mereka meninggalkan solat.
- Tanyalah diri kita disebalik penyediaan untuk mengharungi dunia sama ada kita menyediakan mereka untuk akhirat juga.
- Tak ditanya di dalam kubur berapa gaji anak kita. Tak sampai pun wang gaji mereka kepada kita. Yang sampai hanya doa anak yang soleh
- Semoga kita sekeluarga masuk jannah. Semoga anak dan isteri kita membantu kita ke syurga bukan menheret kita ke neraka