Saturday, April 2, 2016

Pengalaman dan ilmu

Pengalaman dan ilmu ini datangnya seiring. Dalam hidup maupun pekerjaan keduanya penting.

Pengalaman jika dimanafaat mendatangkan ilmu. Ilmu itu boleh mendatangkan pengalaman dan hasil yang baik. 

Kadar kejayaan adalah jumlah kadar langsung antara keduanya.

Kalau tak balance, songsang jadinya.

Semakin lama hidup atau bekerja ruang untuk menimba pengalaman dan ilmu itu bertambah. 

Ianya tidak berhenti, apa yang dapat dari pendidikan formal ciput sahaja dan hanya menguji dan mengasah keupayaan kita berfikir dan belajar. PHD pun untuk menilai kebolehan berfikir lebih dalam dalam topik kecil dan khusus sahaja.

Kebolehan dan kemahuan manusia berfikir secara konsistent akan membolehkan pengalaman dan ilmu ini menjadi berguna dan bertambah.

Sikap manusia yang bertawadduk sahaja menbolehkan manusia sentiasa mendengar dan belajar.

Colin, Maxwell, Drucker dan ramai lagi bercakap  tentang leadership dan kejayaan. Ia hanya derivation dari tawadduk.

Kalau sombong dan bongkak, datanglah ilmu dan pengalaman sebanyak mana pun. Takan dapat manafaat dan ibrar. Sesat jugalah jadinya

Hidayah ini datang dari Allah. Segala puji hanya bagi Allah.

Wallahua'lam 

Monday, March 28, 2016

Surah Al Isra 23-25 - Berbaik kepada ibubapa

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِن تَكُونُوا صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّابِينَ غَفُورًا

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

Friday, March 25, 2016

Ilmu.. Lu siapa?

Menuntut ilmu itu wajib, wajib dari bersolat, kalau takde ilmu tak tahu lah solat itu wajib dan solat itu rukun islam.

Tak payah ikutlah cakap mat saleh akan ungkapan berkenaan pentingnya knowledge. Dah ilmu itu wajib dalam islam. 

Allah suka akan orang yang sentiasa membaiki ibadatnya. Macammana nak baiki ibadat kalau tak tambah ilmu. Sedih kalau cara ibadat mcm tu je dari masa remaja sampai lah ke tua.

Kalau yang menuntut ilmu tu, jangan dengan satu guru aja. Banyakkan guru luaskan pandangan. Yang belajar dengan satu guru ni lah, biasa dengan ilmu sedikit dan pandangan sempit, nak cari salah orang lain, bergaduh dgn guru lain, dengan niat bukan kerana Allah. 

Guru pun manusia jugak, melakukan kesalahan dan kesilapan. Ambik yang baik aja. Diam aja. Kalau salah tegur kerana Allah. Kalau tak suka syle dia carilah guru lain.

Ilmu Allah ini luas. Tak kira lah nak ikut mazhab mana. Kalau tak yakin ilmu itu tinggi ikutlah satu tafsir dan mazhab saja, senang kaedah dan panduan hidup. 

Rai ajalah kaedah dan tafsir mazhab2 lain, tak sesat pun mereka tu. Meraka nak memperjelaskan perkara nyata dan perkara khilaf, perkara samar. Bergantung kepada pentafsiran. 

Orang yang mengasaskan mazhab ini orang yang sangat alim belaka. Nak tolong umat dengan kaedah dan niat nak kasik faham.

Cari lah ilmu sampai mati. Orang Islam Malaysia ini tak suka membaca dan cari ilmu. Atas dasar jahil dan malas ni lah juga suka sangat taksub,  tak cari ilmu dan pandangan lain dan tak reti nak raikan orang lain.

Wallhua'lam

www.afandi-bereng.blogspot.my

Wednesday, March 23, 2016

Sedar tak sedar.. Ingat tak ingat

Tabiat manusia ni lemah, dan alpa. Memang biasalah tu. Selalu perasan sentiasa sihat, selalu ingat dunia ana yang punya, tak ada yang mengawasi.

Lumrah juga kuat jadi lemah,sihat jadi sakit, yang dipuji jadi yang dihina, yang kaya jadi miskin dan hidup akan mati. Ada hari susah ada hari senang.

Sedar atau tak sedar lah yang mengekalkan kita ditempat yang tertentu. Kerana sedarlah kita boleh kekal atau berpindah kedudukan yang lebih baik.

Bodohlah bagi orang yang tak sedar dan beranggapan kebaikan dan kesenangan itu berkekalan. 

Kebanyakan orang hanya risaukan diri sendiri, kebanyakan orang baik pun hanya boleh berbuat baik kepada dirinya sendiri. 

Untuk seseorang nak mengajak kepada lalai dan kejahatan lidah ringan dan akan disukai ramai. Ramai orgnya. Senang...

Untuk seseorang nak menegur dan mengajak kepada kebaikan berat lidahnya. Ramai yg tak suka,  mengejek dan mencemuh. Sikit orgnya. Berat...

So sendiri mau ingat. Sendiri mau beringat.


Wallahua'lam

Tuesday, March 22, 2016

Sakit ada makna tu...versi pendek

Selalu dengar sakit itu penghapus dosa. Ia menghapus dosa dan menambah pahala kalau kita banyak beristiqfar semasa sakit. Sesungguhnya istigfar itu mendatangkan rezeki. Mungkin dipercepatkan sembuh.

Kalau sakit berpanjangan mungkin sebab banyak dosa nak kena hapus, mungkin dugaan dan mungkin sebab dah tua.

Sakit biasa itu kira biasalah, mungkin faktor cuaca ke. Demam pun biasa, kadang2 badan tu terover pakai. Untuk badan kembali dikuatkan dan rehat. Nabi saw pun demam. Juga untuk mengingatkan kita ni manusia yang lemah dan daif disisi Allah

Wallahua'lam

Saturday, March 19, 2016

Adilkah aku?.... Berdasarkan fikh keutamaan oleh Yusuf Al Qardawi

Kita ini dituntut berjemaah atau bermasyarakat. Keutamaan berjemaah itu lebih penting dari keutamaan sendiri. Namun ujian bermasyarakat itu banyak dan rumit.
Kalau bermasyarakat perlulah ada kesederhanaan dan keadilan.

Soalan biasa adalah adilkah kita kepada orang lain?. Tapi soalan tersirat adalah adakah kita adil kepada diri sendiri. Kerana jawapan kepada soalan kedua ada sama seperti jawapan kepada soalan pertama.

Kerana jika kita berlaku adil kepada orang lain maka sebenarnya kita adil kepada diri sendiri. Dan jika jawapan pertama itu disebaliknya maka kita ini tidak adil kepada diri sendiri dengan menginayakan diri sendiri. 

Apabila bermasyarakat perlulah ada sifat tawadduk tidak ego, berkasih dan bersangka baik. Semua orang ada dosanya dan aibnya. Jika Allah membuka aib kita maka nayalah kita. Semua manusia melakukan kesilapan walaupun imam2 besar. Namun beza imam2 besar zaman dahulu mereka bertawadduk mengaku kesilapan dan memperbaikinya, serta meraikan pandangan dan teguran orang lain. Berbeza dengan kebanyakan orang dan ilmuan dikala ini.

Kalau dalam solat berjemaah, kita solat di rumah Allah dan perlu bersolat bersungguh2. Tak perlulah kita berniat bersolat atau memperbaiki solat untuk diperlihatkan kepada orang lain. Niat kena betul. Dan atas dasar jemaah, kekurangan dalam solat seseorang itu dalam berjemaah ditampung oleh jemaah yang lain. Jadi sebenarnya kita saling tolong menolong sesama jemaah.

Dalam masyarakat sekarang ini, tak kira sesiapa kita, byk yang memperlekehkan orang yang melakukan  kebaikan atau berubah kepada kebaikan dan menyeru kepada kebaikan atas sebab  tertentu mungkin dia sendiri tidak suka atau tidak mampu melakukannya dan tidak mahu berubah. 

Sebaliknya berdiam sahaja atas kesilapan dan kezaliman jemaah yang lain dan mungkin berkata dan mungkin memtertawa dibelakangnya tanpa sebaliknya menegurnya supaya kesilapan itu diperbaiki.
Kalau atas dasar kurang iman, lebih baik berdiam diri sahaja. Kerana kita berlaku adil kepada diri sendiri sebenarnya. Dengan itu mungkin kerana kita menjaga lisan kita, mugkin dikurniakan Allah hidayah dan iman dikemudian hari.

Hendaklah kita menyayangi semua umat islam dalam keseluruhan. Walau pun seseorang yang fasik, iaitu kita perlu sayang dia atas batas imannya walaupun sedikit. Tetapi juga tidak suka perkara zalim dan maksiatnya. Namun atas kasih kita perlu menegur perkara yang tidak betul ini.

Kita perlu meletak keadilan itu pada tempatnya. Perlulah meraikan kebaikan seseorang dan tidak melabel dan memusnahkan seseorang atas sebab kemaksiatannya, kesilapannya atau pendapatnya.

Kesederhanaan dan adil itu lebik dekat dengan takwa. Janganlah menganggap apa keluar dari mulut seseorang itu bila ada yang buruk, maka semuanya buruk. Bersangka baik akan maksudnya mungkin sama. Dan lihatlah kebaikan-kebaikan lain. Kalau betul ianya buruk atau zalim, maka menjadi tanggungjawap menolong memperbaikinya dan bukan membencinya.

Perlunya ada keadilan dan meraikan kebenaran .Tidak perlu lah ada taa'sub serta tuduh menuduh dan anggapan yang melulu. Perlulah ada keterbukaan dan tawadduk demi kepentingan jemaah.

Antara 3 perkara yang memboleh seseorang merasai kemanisan iman ialah apabila i
Dia paling menyayangi Allah dan Rasul, menyanyangi orang lain kerana Allah serta benci dan tidak suka kembali kepada kekufuran.

Wallahua'lam

Friday, March 18, 2016

Ohh sayang...

Manusia ini sukakan perhatian, memerlukan perhatian dan mungkin suka menarik perhatian dari lahir sampailah bila2. 

Saat kecil suka perhatian ibubapa. Menangis waktu kecil mintak perhatian, nak mintak susu.

Bila remaja, suka buat macam2 untuk tarik perhatian rakan sebaya atau mak bapak. Mellow je lah kalau tak dapat perhatian.

Bila berpasangan pun samalah. Tumpukan perhatian kepada pasangan supaya mendapat perhatian in return.

Bila dah beranak pinak, bini pun sibuk tapi ada anak anak kecil yang boleh ditumpukan perhatian.

Bila anak dah besar, bini pun mungkin banyak hal, mula cari kawan2 untuk perhatian. Tapi berapa banyak sangat kawan yang sanggup memberi perhatian. Lalu jadilah dilemma perhatian.

Mungkin agak lama dah dah tua, lepas tu adalah pulak cucu untuk beri perhatian. Dan menunggu anak balik.

Manusia  ini perlu perhatian, kasih dan sayang. Kasih sayang inilah yang tak boleh dibeli.

Nak kasih sayang dari Tuhan pun tak boleh beli. Kena beriman baru Tuhan sayang. Dalam kubur tinggal sorang2.  Kalau tinggal ditaman2 syurga, memang terasa disayangi Tuhan. Rasalah byk yang masih sayang, sedekah, anak yang soleh, cahaya dari Al Quran, cahaya dari amal kebajikan, ilmu yang bermanafaat dan lain-lain

 Kalau tinggal di liang2 neraka, tinggal sorang2. Takde orang sayang, kena belasah dak malaikat, kena herdik dak malaikat. Tunggulah hadiah doa anak2 yang mungkin tak kesampaian sebab dah dilupai. Tak bergunalah amal yang tidak ikhlas nak tunjuk dan ambil perhatian orang. Takde ampuan dan perhatian palsu dari orang yang tak jujur pun pada kita. Tinggallah sorang2 dgn penyesalan yang tak kesudahan dan tak ada guna lagi.

Bersedihlah menunggu sangkakala kedua untuk hadapi hiruk pikuk hari perbicaraan dan pembalasan. Akan lihatlah semua amal dan perbuatan satu persatu pada hari itu.

Kalau beriman kepada hidup selepas mati, takutkan lah hidup sorang2 tanpa kasih sayang. Biar hidup dgn tak ramai orang di dunia tapi hidup dengan redha dan kasih sayang Tuhan

Surah Abasa

‎فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat,

‎يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

‎وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ
Dan ibunya serta bapanya,

‎وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ
Dan isterinya serta anak-anaknya

‎لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Surah An naziat 

‎وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,

‎فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

www.afandi-bereng.blogspot.my
Gone with the wind

Orang kata masa merubah segalanya.

Masa itu sama sahaja, ia terus berjalan tanpa henti, masa tak tunggu sesiapa. Tetap je perjalanannya.

Memang semua berubah. Fizikal kita berubah dari kecik sampai lah tua. Keluarga kita berubah. Kawan kita berubah. Dunia tetap berubah.

Cuma kadar kita berubah dan kita samada sedar atau tidak benda dah berubah. 

Kadang2 kita rasa kita berubah, bini kita tak berubah.  Kadang2 kita rasa kita sama saja, tapi bini kita berubah. Sebenarnya sama-sama dah berubah. Cuma kalau kita rasa seperti itu sebenarnya perubahan itu sebenarnya perubahan yang tak sehaluan. Itu je...

Nak atau tanak perubahan itu akan tetap terjadi dan datang. Walau pun kita tak nak benda berubah, keadaan disekeliling kita tetap berubah dan mengubah kita.

So kita nak berubah hala kemana atau keadaan keliling kita mengubah kita hala yang mana.. Itu satu persoalan.

Pasti yang dulu tak sama dengan sekarang, yang sekarang tak sama dengan mendatang. Kita dahulu berbeza dari sekarang. Apa nak jadi kepada kita dan apa yang kita nak jadi dimasa akan datang?

Dan satu lagi persoalan, kitakah yang mengawal perubahan diri kita atau elemen sekitar yang mengawal dan menentu perubahan kita...

Renung2lah, wallahua'lam


Thursday, March 17, 2016

Biasa ku dengar, tapi....

Ilmu itu kalau dibelajar tak ditulis atau disimpan akan hilang. Jika belajar ilmu sekadang dengar ibarat melakar pena di permukaan air. 

Jika dibaca atau didengar lalu ia ditulis atau disimpan, ia ibarat menulis diatas batu.

Hari  ini tulis benda yang mungkin biasa dengar.. Namun entah fikirkan sendirilah..

Ketaatan kepada suami adalah didahuluikan melebihi kepada ibubapa. Ibubapa mendapat pahala atas ketaatan ini.

Apabila terjadi akad nikah, maka ketaatan kepada ibubapa berpindah kepada suaminya.

Taat dan berbuat baik kepada ibubapa tetap wajib namun taat kepada suaminya adalah lebih wajib dan utama.

Jika ibubapa menyuruh mereka diutamakan mereka, disaat suaminya mengkehendakinya, maka ibubapa itu berlaku zalim. 

Namun jika suami adalah baik haruslah dia bertolak ansur atas permintaan untuk menziarah ibubapa kerana itu menjaga silaturrahim. Juga membenar ia ke masjid selagi tiada berlaku fitnah.

Pernikahan itu ibarat perhambaan dan tawanan, namun pengambilan hak itu adalah amanah dari Allah. Oleh itu pemilihan bakal suami oleh ibubapa dan calon isteri adalah sangat penting.

Kerana sehingga haram bagi isteri berpuasa sunat jika suaminya tidak mengizinkan ia. Juga perlu membatalkannya jika suami berkeinginan.

Sehingga jika suami dekat kepada isterinya hendaklah ia semakin dekat. Menjaga hidung, telinga dan mata suaminya atas keadaan fizikal isteri adalah kewajipan isteri.

Namun atas hak suami atas isterinya, ada hak isteri atas suaminya. Hak ini adalah berbeza-beza. Tidaklah seperti kebanyakan umat zaman sekarang yang terpengaruh dengan ajaran lain dan pemikiran sekular dimana, hak-hak wanita itu perlu sama dengan hak-hak lelaki.

Adalah kesilapan isteri lebih mengutamakan ibubapanya apatah lagi perkara2 lain. Adalah kesilapan suami mengutamakan isterinya dari ibubapanya.

Di zaman sekarang ini adalah kesilapan bagi ibubapa yang hanya memilih suami bagi anak yang atas sebab kebendaan sahaja. Atau juga tidak mengambil tahu pemilihan anaknya.

Adalah kesilapan bagi wanita memilih suami atas hanya kebendaan dan mendengar kehendaknya. Kerana kecantikan dan usia muda itu tidak berkekalan.

Adalah kesilapan bagi lelaki yang memilih isteri atas sebab lain jika tidak diutamakan agamanya dan kebolehan isteri mentaatinya.

Di zaman sekarang ini, atas sebab kekurangan ilmu dan kepimpinanan dari pihak suami, suami gagal mendidik isterinya, justeru membiarkan isteri jahil dan derhaka.

Di zaman sekarang atau diwaktu usia tua, tolak cerita kedua suami isteri jahil dan fasik. Ada juga ada isteri yang sedar serta beribadat namun ibadatnya itu tidak mendapat redha suaminya, walau pun suaminya jahil. Ada juga suami yang beribadat tapi dibiarkan sahaja isterinya. Habis pahala ibadat suami itu untuk dibayar kepada isterinya, tinggal saja dosanya dan ditanggung lagi dosa2 isterinya.

Wednesday, March 16, 2016

Mudah tapi dilupai.

Rukun iman ada enam perkara, ia sebenarnya berdasarkan pertanyaan malaikat jibrail kepada Nabi saw tentang apakah itu iman, lalu Nabi menjawap dan bersabda dan menyenarai apakah itu iman.

Dengan turutan dan susunan yang menarik untuk kita ini beriman yakni mengerti dan patuh

Pertama percaya dan mengimani akan adanya Tuhan yakni Allah. Kemudian akan malaikat dan menjalankan perintah Allah, antara nya menyampai kitab2 kepada rasul-rasul sebagai panduan dan peringatan akan hari akhirat. Serta mempercayai akan kehidupan yang ada ujian dan takdir, qada dan qadar.

Disertakan lima ayat yang merangkumkan banyak perkara sekaligus. Surah An Nisa ayat 36-40 sebagai renungan dan panduan. Supaya faham sedikit akan kandungan Al Quran kerana ianya perlu bagi panduan dan peringatan hidup.

Tak payah ulas atau syarah lah kot ayat2 ini straight forward

‎وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

‎الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;

‎وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاءَ قَرِينًا
Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

‎وَمَاذَا عَلَيْهِمْ لَوْ آمَنُوا بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقَهُمُ اللَّهُ وَكَانَ اللَّهُ بِهِمْ عَلِيمًا
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.

‎إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

Tuesday, March 15, 2016

Kerja oh kije

Hari ni nak tulis pasal something tapi tak tau nak tulis apa. Bukan sebab takde topic nak tulis. Tapi terlalu byk topic yang nak diperkatakan.

Aku cakap kat guru aku aku sibuk sekarang, byk urusan dan pening dan diuji nak membahagikan masa. 

Dia cakap segala perbuatan dan ibadah bergantung pada niat. Niat dalam hati itu bergantung kepada iman.

Ada dua orang buat benda yang sama, tapi hasilnya memang berbeza.

Ini ada surah pendek yang biasa. Mungkin semua kita tahu. Pendek sahaja tapi dalam maksudnya. 

وَالْعَصْرِ
Demi Masa!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Masa ada 24 jam. Kena bahagikan masa dan fikir untuk apa masa itu dihabiskan. Hidup ini kerana Allah.. Konsep yg mudah tapi banyak yg lupa dan alpa.

Hampir semua kita berkerja. Kerja mengambil banyak dari masa kita. Banyak yang makan gaji. Kerja itu ibadah. Kena niat kerana Allah. 

Cuma kalau selalu ingat. Kalau kerja kerana Allah, tatacara kerja kenalah dgn cara yang betul. Kena amanah, kena bersungguh-sungguh. Kena ikhlas. Kena berbuat baik kepada rakan sekerja. Kena jaga adab dan lidah. Kena hormat pemimpin.

Nak naik pangkat bukan dgn berdusta, mengata atau menfitnah. 

Nak naik pangkat berbuat dgn perkara2 baik seperti diatas. Cuma perlu perlu menambah ilmu dan kepimpinan. Ilmu dan kepimpinan itu adalah faktor yang menbezakan. Dengan ilmu dan kepimpinan ini seharusnya tahu menguruskan tanggungjawap dan dateline. Kena tau memimpin diri sendiri, dan belajar mengurus dan memimpin orang lain.

Kalau kerja hanya memikirkan diri sendiri, macammana nak naik pangkat dan menguruskan perkara yang lebih besar yang berkait dengan lebih ramai orang?.

Kita kadang2 perasan, tapi orang sekeliling kita tau dan nampak perbuatan kita. Hati kita ini tau bila kita berbuat salah cuma kita buat tak tau.

Jaga mulut dan lidah aja. Rezeki itu di tangan Allah. Kalau tak puas hati, bahaya, perangai kita boleh jadi bertambah buruk. Tukar aja kerja lah. Kalau rasa byk ilmu atau berkebolehan mempelajari ilmu dan tabah hati, berkerja sendiri sahaja.

www.afandi-bereng.blogspot.my

Monday, March 14, 2016

Isteri ku sayang 

Dalam riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”

Abu Umamah ada melaporkan beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada yang paling bermanfaat bagi seorang lelaki beriman (Mukmin) selepas bertakwa kepada Allah selain memiliki isteri solehah, iaitu jika diperintah dia taat, jika dipandang dia menyenangkan hati, jika ditinggalkan berpergian oleh suaminya dia tetap menjaga kehormatan diri dan harta suaminya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Abu Hurairah RA, ada mengatakan Nabi SAW pernah ditanya: “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab baginda SAW: “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, tidak menyanggahi suami dan (salah guna) hartanya sehingga membuatkan suaminya benci.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

Dari 3 hadith diatas, ia sedikit sebanyak menerangkan akan, ciri-ciri isteri solehah yang menjadi aset kepada seseorang suami.

Dari hadith itu juga dapat dirumuskan juga bahawa sang suami adalah pemimpin kepada sang isteri.

Menjadi kewajipan si isteri mentaati si suami, justeru kewajipan si suami menyediakan nafkah, melindungi dan mendidik si isteri.

Namun diakhir zaman ini, banyak perkara2 dunia yang meruntun dan mengubah kefahaman institusi keluarga ini. 

Mungkin atas cabaran hidup di dunia bagi menyediakan keperluan dan kesibukan urusan dunia. Mungkin perubahan dari segi pengisian tanggungjawap dan gaya hidup. Di mana senarion isteri juga keluar mencari nafkah sudah menjadi kebiasaan. Mungkin kerana sempadan pergaulan social isteri lebih besar dan lain-lain

Ia menyebabkan sempadan kepimpinan dan pergaulan suami dan isteri itu kadang2 menjadi kabur dan dilewati. Timbullah pelbagai masalah seperti suami tidak bertanggungjawap, tidak menjalankan tanggungjawap, isteri tidak menghormati suami atau derhaka.

Selalulah kita mendengar ungkapan dari suami, "bukan aku takut bini, tapi bini tak takut aku". Serta perbagai masaalah lagi.

Byklah kes penceraian di zaman sekarang ini tak dinafikan. Namun banyak juga kes dimana samaada isteri atau suami diam aja untuk mengelakkan konfrantasi.

Atas dasar atas kekurangan ilmu agamanya dalam kefahaman pengurusan rumahtangga. Ia menyebabkan dasar, peranan dan hala tuju dalam institusi ini mungkin terpesong.

Dalam institusi ini, mahu atau tidak, isteri samaada menjadi aset atau liabiliti. Isteri boleh mengheret suami ke dalam neraka. Juga perlu diingat syurga isteri itu atas redha suaminya.

Wallahua'lam

www.afandi-bereng.blogspot.my



Sunday, March 13, 2016

Negaraku..Alahai ekonomi..

Kadang byk perkara nampak rumit.. Nampak complicated. Tak banyak benda yang complicated cuma manusia yang menjadikannya complicated.

Kalau dari sudut pengurusan tak banyak perkara yang susah penyelesaiannya kecuali hal2 pengurusan manusia.

Yang menbuat ia jadi complicated adalah apabila masalah itu tidak dilihat dan diselesaikan dan dibiarkan berpanjangan.

Biasanya Allah memberi rahmat kepada negeri yang penduduknya ramai islam, diberikan banyak hasil bumi dan kebanyakannya ialah emas hitam iaitu petroleum. So Malaysia adalah hasil petroleum itu. 

Semua aktiviti ekonomi berkisar disekitar industri petroleum dan industri dimana pendapatam hasil petroleum ini disalurkan.

Adalah usaha2 di zaman dahulu untuk mempelbagaikan hasil negara dengan hasil bumi lain seperti penanaman getah dan kelapa sawit

Hasil mineral lain tak berapa banyak dan mungkin dah berkurangan seperti timah, emas dan besi. Negara kita ni takde lah besar sangat.

Terdapat juga usaha untuk menjurus negara ini ke dalam industri manufacturing, pada mulanya berjaya. Tapi sekarang kurang berjaya kerana kos manufacturing di negara kita semakin meningkat. Juga kerana kita melakukan outsourcing atau third party manufacturing.

Tak berjaya sangat sebab kita bukan pencipta barangan sangat. Kalau diciptakan pun local product kurang disokong dari segi penghasilan dan pemasaran.

Banyaklah aktiviti yang cuma dilakukan dimasa dahulu untuk mempelbagaikan ekonomi.. Fikirlah lagi kalau rajin.

So rumusannya, hasil utama negara ini adalah dari hasil bumi... Semua aktiviti dan perniagaan sokongan seperti pembangunan infrastruktur, perbankan dan dll, menyokong activiti pengeluaran hasil bumi ini.

Kerana nikmat Allah dari hasil yang agak banyak ini.. Banyak pembangunan infrastruktur dan perniagaan sokongan hidup kerana kita asalnya negara ketiga. Nikmat Allah juga dari hasil ini adalah nikmat masa. Yang membolehkan kita melakukan kesilapan dan mungkin diperbaiki.

Salah satu kekuatan sesuatu negara kalau selain dari hasil bumi adalah kekuatan ekonomi localnya. Dimana kecairan tunai berpusing didalam negara.

Namun ini agak kurang diberi perhatian sangat dek alpa dgn hasil bumi yang ada. Namun pada pada satu masa hasil ini akan tepu dan bergantung kepada harga pasaran global yang dipengaruhi dan dimanipulasi oleh yahudi.

Sepatutnya local economi digalak dengan kecekapan pengurusan termasuklah memastikan kecairan dan pusingan tunai kepada industri sokongan dengan membayar mereka dengan lebih cepat dan pada masanya. Itu dari segi membantu perniagaan sokongan hidup dan membuka peluang perkerjaan.

Kalau peluang pekerjaan itu hanya dari kerajaan sahaja.. Susahlah sebab sampai masa berapa banyak pun yang boleh digajikan oleh kerajaan

Dari segi runcit pula, kekuatan sesebuah negara adalah dari sudut pasaran local. Ianya berkadar langsung dengan jumlah penduduk. Jumlah penduduk kita takdelah banyak sangat. Mungkin dari satu segi usaha patut menjuruskan kepada pertambahan penduduk. Ia berlaku dibanyak negara2 luar dimana inisiatif ini dilakukan.

Kalau nak diluaskan pasaran keluar negara pula, tak banyak produk kita yang mampu bersaing dipasaran global. Kerana sebagai inkubartor produk tempatan, negara ini kurang sokongannya dari banyak segi.

So itu lah yang mampu ditulis,takut panjang sangat. Nanti nak bagi faham, keliru pulak jadinya.

Jadi renung2lah akan sejarah economi kita diwaktu dulu dan sekarang. Kalau harga kebanyakan komoditi jatuh berpanjangan ia mendatangkan masalah. Kerana nikmat masa itu agak berkurangan.

Perlu ada usaha bersungguh2 untuk menandatangani kemelut. Kena fikir banyak sikit. 

Kalau harga komoditi naik soon.. Mungkin Allah beri peluang untuk memperbaiki kesilapan atau untuk improve lebih baik dimasa akan datang.

Wallahua'lam...

www.afandi-bereng.blogspot.my

Friday, March 11, 2016


Lupa

Lumrah manusia memang selalu lupa. Kalau hafal Al Quran pun Nabi pesan lupa ayat itu mudah lupa lebih mudah dari lepasnya ikatan unta.

Hidup yang baik adalah hidup yang berjadual. Jadual yang baik ialah jadual yang memuatkan perkara2 baik.

Hendaklah sentiasa review jadual kita dgn tujuan menambahkan perkara yang mendatangkan kebaikan dan mengurangkan perkara yang menbazir masa.

Namun nak menjaga jadual ini, memerlukan disiplin dan keazaman. Akan banyak lah perkara yang melalaikan yang membuat kita lupa dan tidak mengikut jadual yang kita tetapkan. Atas faktor2 luaran dan dari hasutan syaitan.

Jadual haruslah realistik yang mampu dilakukan dan ditambah kebaikan sedikit demi sedikit. Janganlah terlalu ambitious dan drastik. Perubahan yang kecil dan berterusan itu lebih kekal. Yang penting ada progress

Islam yang indah sentiasa mengingatkan kita dari lupa dgn mensyariatkan ibadah yang berjadual. Islam mewajibkan solat 5 waktu pada waktu tertentu, puasa dan zakat setahun sekali, haji sekali seumur hidup. 

Dengan mamatuhi perintah syariat ini, kita akan sentiasa ingat kepada Pencipta kita dan Dia akan sentiasa ingat kepada kita. Penjadualan jika patuhi dan dijalankan dengan ikhlas akan menzahirkan ketenteraman dan kemanisan.

Hidup kita akan tanpa arah, seperti hilang punca dan pedoman. Kegelisahan akan sentiasa melanda dan menyelubungi kerana kita hidup tanpa redhaNya.

Sesungguhnya Al Quran itu penuh dgn peringatan bagi sekalian manusia. Jika manusia itu mengambil peduli akan maksudnya.

Ramadhan dah nak menjenguk lagi.. Adakan kita masih sama sekarang seperti ramadan sebelumnya atau akan masih sama selepas ramahan yang bakal datang.. Atau lebih teruk?

Wallahua'lam

Wednesday, March 9, 2016

Ujian Allah 2.0

Baru je tulis pasal - Ujian Allah (hari hujan cepatlah  cari payung, jangan berselut disaat kemelut)

Hari ni government dah announced 53 cuts on opec.. to optimised operational expenditure.. Across the board cut dari bawah sampai lah minister.

Baru cakap kat staff to look for business in the area of opec.. Opec pun dah cut.. Multinational company dah lama cut. Glc baru je nak cut.

So tak payah fikir susah-susah, it is the anticipation of low income.. ie low taxation. Kalau kat oversea orang pandai dah boleh congak through government spending pattern to gauge of the economic. Kalau action and measure dah dibuat.. Tak payah argue pasal numbers pun dah boleh buat conclusion. 

Kadang2 mmg global issue akan ada direct impact, mmg akan kena juga kat kita pun.. Itu kita kena faham.. Bila teruk mmg tetap teruk..  Cuma bagaimana nak manage keadaan yang teruk.. Bagaimana nak kekang, tergantung kepada berapa kuat fundamental negara and kekuatan local business activities. Itu tak boleh comment pasal terpulang lah kepada yang govern.

Yang aku tau, corporate tax dah kurang, companies performance down. It will have some effect on everybody..

Cuma jangan benda2 asas effected dah lah.. Jobs are in jeopardy, competition are stiffer.. Ramai yang akan kiok, masalah social akan bertambah, penyamun, perompak dan penipu akan bertambah-maybe out of desperation.. Mood bos tak menentu and banyak angin dan macam2 lagi lah..

Tapi bila jadi macam ni semua benda yang tak nampak sebelum ni dan benda kecil akan nampak.. Kenalah urus

Sendiri mau fikir and sendiri mau ingat

Wallahua'lam
Abang Sado

Allah telah menetapkan segala kerana pengetahuan Allah ini maha super advance. Kerana Dia Tuhan sekalian alam yang mengetahui dan mengatur segala2nya.

Jika takdirnya kita sihat dan umur panjang, diilhamkan atau diberi hidayah kepada kita tentang amalan yang menyihatkan dan memanjangkan umur.

Antara perkara yang boleh memanjangkan umur adalah dengan memperluaskan kawasan wuduk contoh basuh kaki dan tangan tu biarlah lebih tinggi sikit or tinggi banyak dari siku dan buku lali.

Kesihatan adalah dari segi pemakanan dan gaya hidup. Nak sihat antaranya makan sebelum kenyang dan tidak berlebihan. Kerana kita hanya perlu makan untuk membekalkan tenaga untuk menjalankan aktiviti. Dan makan berlebihan memenatkan organ pencernaan serta menimbulkan kemalasan dek kurangnya oksigen yang di salurkan ke otak.

Nak sihat lagi rajin2 lah puasa.

Dari segi gaya hidup pula, kita tahu dari kecil kita dan anak kita dilatih hidup berjadual. Hidup dgn jadual yang baik itu byk kebaikan dan menyihatkan. Tidurlah awal dan bangunlah awal. Memang nak bangun awal kena tidur awal. Kalau tido lewat and bangun awal, badan akan rosak dan kesannya adalah dihari tua dan akan nampak terlebih tua dari umur.

Kerana kata Nabi saw, kena tunaikan hak jasad itu dgn tidur dan rehat.

Sebab tu nak sihat dan nampak berseri dan muda kena amalkan silat tahhajud.

Kegelisahan juga boleh mengganggu kesihatan mental dan fizikal. Kegelisahan itu sentiasa berkenaan keperluan dunia dan duit. Hiduplah semampu mana dan kurangkan berhurang nescaya jiwa tenteram.

Kawallah nafsu dan sentiasa bersyukur. Berkerja lah kuat tapi sampai masa kerja kuat pula untuk akhirat. Dan sampai masa rehatlah..

Kepada anak2ku, abah pesan lagi belajar bersungguh untuk mencari bekal kehidupan didunia supaya senang nak beribadat. Itu sahaja tujuannya. Kalau korang tak hafal juz 30, memang korang nak kena lepuk. Kerana hafal byk surah, belajar senang sebab otak sihat dan jitu.

Kalau sibuk belajar, bila free nanti baca kat blog.. afandi-bereng.blogspot.my.

Wallahua'lam

Tuesday, March 8, 2016

Zaman sekarang zaman internet. Gapaian di hujung jari. Ramai yang try nak menulis, ramai pulak yang tukang forward. 

Kadang2 kita tak tau siapa yang menulisnya. Kita rasa baik perkara yang ditulisnya kita pun forward nak dapat pahala. Kadang2 kita tak baca or tak faham pun. Kita terus forward.

Adat ilmu ini kita kena belajar dan faham dulu baru kita ajarkan pada orang lain. Tak boleh lah kita tak maklum atau tak faham sangat kita terus forward je. 

Forward mengfoward ini adalah tanggungjawap. Kalau forward benda yang mengelirukan orang, bukan dapat pahala dapat pulak dosa nnt.

Memang dalam penulisan ada ayat Al Quran dan hadis. Tapi kena berhati-hati bagi orang yang menulis dan membaca.  Yang mengelirukan atau yang salah adalah syarah dan huraianya. Kadang penulisan banyak mengikut akal fikiran. Tanpa pengalaman mengaitkan ayat2 Allah dgn kehidupan dan tatacara hidup dan perjalanan dunia.

Huraian dan syarah ini bergantung kepada maklum dan alim terhadap perkara yang nak dihuraikan dan dijadikan contoh.

Huraian juga tergantung kepada niat si penulis. Dia menulis dgn niat apa. Kalau dia ikhlas kena Allah semata2 maka dia akan merasa bertanggungjawap atas apa yang ditulis.

Kalau tak berapa arif tentang perkara2 tertentu. Tulis yang simple2 sahaja jangan huraikan perkara2 yang kita kurang tau dan main pakai agak aja.

Yang membaca pulak tgk lah kadar ilmu, so bagi orang yang awam dan agak kurang ilmu tu, kalau ada penulisan yang huraian agak mengelirukan tu lebih baik abaikan je takut mudarat. Jangan buat kesimpulan dan menerima bulat2. Ataupun berjumpa dgn orang yang lebih alim untuk penerangan lebih lanjut. 

Walaupun kebanyakan orang berniat baik, tapi perbuatan tanpa ilmu ini boleh memudaratkan. Samalah seperti ibadat, ia adalah perbuatan yang kita zahirkan, perlulah ada ilmu supaya ibadat itu diterima dan mendatangkan ganjaran dari Allah.

Ibadat tanpa ilmu boleh mungkin menjadi sia-sia.

Wallahua'lam

Sunday, March 6, 2016

Ujian Allah (hari hujan cepatlah  cari payung, jangan berselut disaat kemelut)

Zaman sekarang zaman kemelut economi. Banyak orang yang tak terkecuali kerana skalanya dah agak besar. Dgn krisis economi global dimana pasaran adalah semakin tepu, harap2 adalah improvement.

Diperingkat local, dgn kadar matawang dan petroleum yang tidak membantu perdagangan dan pendapatan. Lihat sahaja pencapaian kewangan syarikat2 besar yang berkurangan, secara tak langsung pendapatan percukaian semakin berkurangan.

Harga barang naik, dulu orang tak rasa sangat. Sekarang roti canai naik pun orang sedar. Kalau rajin pergi round-round, akan kelihatan banyak perniagaan kecil yang telah tutup.

Pendapatan sektor pendidikan juga akan berkurangan akibat kekurangan dari availability of biasiswa dan pinjaman pendidikan.

Mungkin yang masih untung adalah sektor perubatan dimana susah dan senang, kita akan tetap sakit, terutama dalam musim cuaca dan pemakanan yang tak menentu. Cuma takut lepas ni insuran company byk pulak cekadak nak meluluskan medical cases dan claim. Diorang ni pun berniaga.

Zaman ini zaman susah walau pun tak di declare atas sebab tertentu seperti terminologi dulu ... 'Ekonomi gawat'. Zaman susah ini zaman correctional, zaman pembetulan. Betulkan lah apa yang patut, something are meant to be corrected. Baikilah apa saja, lifestyle, spending and saving habit, baiki lah amalan dan agama.

Maka selamat lah orang yang beringat dan berjimat diwaktu senang. Justeru, disaat ini lah individu atau syarikat perlu menganalisa perbelanjaan dan mengurangkannya.

Disaat ini lah juga, banyak kesilapan dan ketidakcekapan mengurus itu nampak dgn jelas. Dan seharusnya ia diperbaiki.

Kadang2 Allah menimpa kesusahan itu kepada orang yang tertentu sahaja sebagai peringatan atau balasan dunia.

Kadang2 Allah menimpa kesusahan itu kepada masyarakat keseluruhannnya. Tak kira lah kepada orang beriman, kafir, fasil atau munafik.

Semoga dapat mengharungi kemelut. Menilai kesilapan kita, berbuat sesuatu, memperbaiki sesuatu dan berusaha keras.

Disamping itu, tambahkan amal, bertawakkal dan memanjatkan doa kepada Allah serta berserah diri kepadaNya

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

‎وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
Surah At Taghabun ayat 11-13

Saturday, March 5, 2016

Kawan, kengkawan dan sahabat

Sebaik2 sahabat kamu ialah sahabat kamu yang membawa ke syurga. Menyatakan kebenaran dan aib kita atas kejujuran. Yang bersusah payah atas manafaat sahabatnya.

Maksud hadith Nabi

7 golongan yang mendapat naungan Allah diakhirat salah satunya adalah, dua pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah saw.

Dikatakan juga pemuda, kerana wanita kecuali ada hal2 yang mustahak saja berjumpa teman. Selebihnya menjaga dan bersahabat dengan suami dan keluarganya sahaja. Oleh sepatutnya wanita kemana2 pergi nya perlulah bersama mahramnya. Tentunya dengan izin suami atau penjaganya.

Dalam persahabatan, elakkan perdebatan dan pergaduhan walau kita berada di pihak yang benar,

Sedikit melawak dan berseloroh boleh atau harus mengikut keadaan terutama dgn kanak2 atau isteri. Haruslah atas kebenaran 

Keterlaluan melawak pula membawa kepada kematian hati.

Amalan yang membuat kamu cinta mencintai ialah saling memberi salam.

Puji memuji berlebihan mendatangkan keburukan kepada pemuji dan penerima puji

Terlebih sehingga jadi dusta. Sehingga merosakkan org yang dipuji atas beza lisan pujian yang diungkap itu  dgn apa yang ada di dalam hati.. Rasullullah mengumpamakan ia bagai memotong batang leher org yg dipuji. 

Seperti jika memuji org yang zalim dan fasik maka akan bertambah fasik dan zalimnya. Atau dan kerana akan bertambah ujub dan takabur org yg puji.

Orang memuji itu juga mengamalkan sikap tidak ikhlas kepada org yang dipuji atau sahabatnya. Kerana pujian adalah sepatutnya untuk menambah baik kepada yang dipuji dan dengan keikhlasan.

Sahabat yang baik adalah orang yang berkata benar dan ikhlas, walaupun kebenaran itu pahit bagi ditelan. Oleh itu dgn adanya sahabat begitu ia membantu kita bermuhasabah diri. 

Oleh kerana hanya orang lain yang boleh nampak akan kesilapan dan khilaf kita, dikatakan sahabat yang baik itu umpama cermin. Yang membolehkan kita melihat diri kita dgn lebih baik.

Konsep dalam islam bila bersahabat adalah dgn berkasih mengasihani. Ertinya dgn sayang kepada sahabat tanpa meninggi diri dan mementingkan diri sendiri.

Namun jika itu tidak terjadi sebagai sahabat, haruslah dinasihati jika mungkin dijauhi jika tidak lagi membawa faedah

Hak manusia dgn qadar dan ujianNya adalah memilih pasangannya dan sahabatnya. 

Ekstrak dari kitab fiqh keutamaan

Dikatakan umpama bersendirian seperti kambing yang bersendirian adalah mudah dimakan serigala dari jika berkumpulan.

Sakit dalam bermasyarakat adalah lebih baik dari hidup bersendirian. Dimana hak2 jemaah perlu diutamakan dari peribadi contohnya jihad. Hak2 jiran dan orang awam

Terlalu banyak hadith berkenaan bersahabat kena Nabi saw byk menghabiskan masa dengan para sahabatnya.


الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). Surah Az Zukhruf ayat 67

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Surah Al e  imran ayat 118

Friday, March 4, 2016

Kamukah, kitakah atau Dialah

Semalam ada kenalan zaman sekolah meninggal at the age of 42. Ayah aku and mother in law aku pun dah start sakit sakit at age 67.

Yang lain kita ini masih sihat dan hidup, sibuk dgn urusan masing-masing. Apa sahaja yang telah berlaku, yang kita uruskan akan jadi sejarah. Dari sekecil2 urusan remeh, urusan peribadi, kekeluagaan, syarikat, negara dan dunia

Allah itu adalah yang menguasai pentadbiran langit dah bumi

Kita ini yang kerdil mentadbir urusan sesuatu paling tidak urusan diri sendiri atau keluarga

Jika kita mahu berfikir kita mentakbir sesuatu dgn tujuan tertentu dan tersendiri. Kalau kita tak tau tujuan apa, kita ni main pakai belasah ikut orang, ikut trend dan sebenarnya ada sesuatu lah dalam dunia ini menentukan hala tuju itu bagi kita.

Kalau tak pernah fikir, kita ini dah akhir zaman, kerajaan islam terakhir, kerajaan ottmaniah  jatuh tahun 1920an dulu selepas 700 tahun. Yang ada sekarang adalah kerajaan serpihan yg amat sedikit. Yang mengusai dunia sekarang adalah yahudi. ( ini paragraph sampingan je..)

Seperti kata Nabi saw,  umat islam sekarang lemah sehingga yahudi masuk lubang biawak pun org islam akan ikut. Islam akan bangkit semula.. Cuma mungkin kebangkitan itu mungkin menjuruskan kepada hari kiamat. Dunia ini sudah semakin kecil. Sistem capitalism pun dah semakin tepu.. Semakin sempit untuk kekayaan nak dikaut lagi. Hanya boleh mula semula dgn peperangan sahaja. Cuma takut perang ini perang dunia yg terakhir je... Aku risau juga kalau hidup disaat dajjal dah terlepas (ini pun para sampingan)

Setiap cerita atau pun sejarah akan ada permulaan dan pengakhirannya.

Kita cakap pasal sejarah hidup manusia ajalah. Biasanya fasa kita berubah setiap 10 tahun. Kalau tak sedar especially kalau dah berumur tu naya lah.

Kalau pada kadar umur biasa dah menginjak fasa 50an atau 60an.. Dan permulaan pada 40an.. Dah dekat dengan fasa kematian. Sepatutnya kesedaran itu sudah ada dan sepatutnya persediaan itu patutlah dipertingkatkan

Kalau kita masih lupa.. Kita ini hamba Allah. Kita tidak berkuasa akan kejadian di dalam rahim ibu dimana air mani itu bertukar kepada insan. 

Kita ini mungkin mampu menguruskan sesuatu setakat yang kita mampu urus dan selebihnya diuruskan oleh org lain tanpa sedar. Negara ini atau dunia ini org lain yg urus, dan kita adalah sebahagiannya darinya. 

Namun siapa yang urus langit, bumi, cuaca, tumbuhan, binatang dan manusia ini? Semestinya Allah.. Ada kitab lain ke yg menceritakan urusan ini? Hanya Al Quran... Aku tau lah sebab aku belajar divinity dan perbandingan agama dekat 2 tahun. Tak ada kitab yang menjelaskan dan memperingatkan seperti Al Quran. Masih ragu dan nak pakai akal yang sempit?

Yakinlah ada kuasa yang lebih besar, yang mentadbir segalanya. Yang tidak akan mati. Kamel attartuk pun mati. Dan kuasa besar ini adalah Tuhan sekalian alam yakni Allah. Dan Allah menjadikan kita untuk menyembahNya. Beribadat untuk diri sendiri bagi mendapat redhaNya.

Paling tidak fikirkanlah, kita tanam pokok, boleh boleh ke kita tentukan ia berbuah atau tidak mati. Boleh kita tentukan kita kekal hidup atau sihat? Renunglah... Ibu bapa, nenek moyang kita telah mati. Selepas mati kita ini dilupakan. 

Yang ada hanya kita di dalam kubur dan sendiri mengadap Allah dan menjawap apa yang telah kita kerjakan semasa hidup


‎نَحْنُ خَلَقْنَاكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

‎أَفَرَأَيْتُم مَّا تُمْنُونَ
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

‎أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

‎نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

‎أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

‎أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

‎لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

‎أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

‎أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

‎إِنَّهُ لَقُرْآنٌ كَرِيمٌ
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

Ayat-ayat surah Al Waqia


Tuesday, March 1, 2016

Perihal rezeki
AMARAN - panjang untuk dibaca.. 

Topic ni aku nak tulis... probable  in relation of the current local and global economic scenario. But probably it is quite tough to elaborate and tricky on angle of the elaboration.

Mukaddimah 

Rezeki ini adalah paling tidak adalah perkara asas untuk kita meneruskan kehidupan dunia ini. Bagi kita menyediakan keperluan makan, tempat tinggal dll. Justeru untuk memudahkan ibadah

Oleh itu berkerja adalah kaedah asas untuk mendapatkan rezeki. Berkerja menjadi sebab atas rezeki yang akan Allah kurniakan kepada kita.

Definasi kekayaan.

Kebanyakan orang mendefinasikan kaya itu atas jumlah wang atau harta yang menzahirkan untuk kemewahan hidup semata2. 

Itu adalah definasi bagi orang yang melihat dari sudut keduniaan sahaja.

Namun kaya yang sebenar ada jumlah bersih  bekal dan ganjaran pahala dan redha Allah yang kita kaut dan usahakan semasa di dunia ini dengan kemudahan yang tersedia.

Pada hakikat jika mempunyai harta yg banyak peluang ganjaran itu adalah lebih tinggi sepatutnya jika dimanfaatkan dgn betul.

Yang sebenarnya, rezeki itu adalah sebenarnya modal bagi  kadar patut bagi keselesaan kehidupan dunia dan bagaimana sebenarnya rezeki itu digunakan untuk pulangan yang lebih kekal bagi keuntungan dan kehidupan yang mewah di akhirat.

Barakah.

Allah mengurniakan rezeki kepada kita atas kadar tentu bergantung kepada pelbagai senario dan kaedah yang kita tidak tahu dan diluar akal manusia yang daif.

Berapa banyak pun yang dikurniakan Allah, rahmat dan barakah Allah ialah atas peratusan kebaikan atas jumlah rezeki yang dikurniakan itu.

Barakah ini adalah sebenarnya tergantung kepada amal dan ibadat yang kita kerjakan. Juga bagaimana kah kita membelanjakan rezeki yang dikurniakan Allah.

Ramai yang mengukur kekayaan dari sudut material saja, dikaburkan dari berusaha mencari rezeki yany lain yakni masa, kesihatan, keluarga dan lain

Senario.

Ada orang yang diberikan sedikit tapi amalnya soleh. Maka Allah cukupkan baginya dari jumlah yang sedikit. Jiwanya tenteram. 

Mungkin dengan sedikit itu dia masih mampu bersedekah. Anak dan isterinya beramal soleh. Kesihatan bagus

Ada orang yang diberikan sedikit tapi amalnya tidak bagus. Dah lah memang dapat sedikit, sentiasa pulak rasa sempit. Jiwanya kacau.

Sebab itu lah kita kita kena berusaha paling tidak untuk mencukupi keperluan asas. Kerana dari satu sudut, kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran.

Ada orang yang diberikan banyak. Amalnya bagus. Banyak kebaikan yang mampu dia lakukan dari rezeki yang banyak dan dia mampu menggandakan pahala yang sangat banyak dari modal hartanya. Dia tidak lalai atas hartanya lalu kekayaannya itu berkekalan dan bertambah oleh Allah

Kerana tidak akan papa orang itu atas sebab sadakah.

Ada orang yang diberikan banyak. Amalnya kurang bagus. Walaupun wang nya banyak, namun kebanyakannya tidak dimanafaatkan untuk jalan yang baik. Hanya kemewahan dunia semata2. Lalu Allah sempitkan rezeki dari sudut lain, masanya sempit dan kesibukan, dugaan anak dan isteri yang tidak soleh, kesihatan yang tidak bagus dll.

Mungkin dalam kes kebanyakan Allah akan menduga mereka dgn menarik semula rezekinya yg banyak. Selepas itu terpulang sama ada dari situ mereka untuk mempelajari kesilapannya dan memperbaikinya, mungkin dikurniakan kembali rezekinya atau masih buta dan terus sesat dan kekal miskin

Namun dalam kes yang sedikit. Wang sentiasa banyak dan ianya berterusan. Tetap Allah memberi berbagai kesusahan dan kesempitan dari sudut2 lain. Juga Allah tutup akalnya dari berfikir untuk kebajikan. 

Ketika itu Allah tidak memberi hidayah kepadanya juga kebaikan atau barakah atas hartanya. Dan ketika itu dia telah di istijrah oleh Allah.

Amalan

Rezeki yang berkekalan atau bagi mendapatkan rezeki kita perlulah berusaha dan berkerja kerana ia adalah sebab musabab bagi rezeki itu dikurniakan Allah

Disamping itu lebih mudah dengan izin Allah jika kita melakukan perkara2 berikut untuk menjemput rezeki atau menambah barakah

Dari segi akhlak antara
- Sentiasa memanjatkan syukur
- Mengelakkan perbuatan boros - berjimat itu dituntut di waktu susah juga senang
- Mengelak berkelakuan sombong dan angkuh, kerana sifat boleh menyebabkan Allah menarik rezeki, menyempitkan atau meghilangkan barakah.. Kerana Allah amat tidak menyukai hambaNya yang sombong
- Berbuat baik kepada orang sekeliling kita terutama ibu bapa, kaum kerabat dan tanggungan kita.. 
- Ikhlas dan jujur dalam berkerja dan berkerja kuat
- Tidak tamak dan haloba

Dari segi amal antara
- Semua amal soleh dalam umumnya
- Sentiasa bersedekah dan infak harta juga wakaf
- Membayar zakat bagi membersihkan harta
- Bertahajjud
- Solat dhuha
- Mengamalkan surah al waqia
- Bertawakkal
- Memperbanyakkan doa
- Memuliakan anak yatim
- Memberi makan orang miskin
- Tidak makan harta pusaka yang haram

Namun hanya Allah yang menetap kadar rezeki yang tertentu bagi setiap manusia. Hanya Allah yang mengetahui kenapa kadar itu baik kita dan mengapa.

Jika rezeki itu tidak berkadar langsung dgn usaha dan amal kita hanya Allah yang tahu sebab ketetapanNya. Kerana kadang2 apa yang kita rasa baik untuk kita itu sebenarnya buruk pada hakikatnya. Hanya Allah yang tahu apa yang baik dan buruk bagi hambaNya.

Allah memberi rezeki kepada semua manusia. Lantas bagi orang kafir kadar rezeki mereka adalah sebagai mana kadar usaha dan perlakuan moral mereka. Allah memberi rezeki begitu oleh kerana meraka mmg hanya mengharapkan kehidupan dan kemewahan dunia semata2. Pemberian rezeki kepada mereka sebagai hanya sebagai keldai.

Akan tetapi bagi kita kebaikan dan kemewahan yang hakiki adalah di akhirat dan di syurga.

Maksud sebuah hadith

Dan sekiranya kamu meluangkan sedikit masa dan ruang untuk Allah dengan melakukan amal dan ibadat.. Maka Allah akan kayakan hati kamu dan menutup lorong kefakiran.

Dan andainya kamu tidak meluangkan ruang bagi Allah, maka Allah tidak akan menutup lorong2 kefakiran dan sentiasa menyibuk2kan kamu.


‎وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. At takwir ayat 29

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). Hud ayat 6

‎وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Al isra ayat 26

‎فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"

‎وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"

‎كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);

‎وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;

‎وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا
Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),

‎وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! Al Fajr ayat 15-20

Serta pelbagai ayat lagi yang banyak dalam Al Quran berkenaan dgn rezeki

Berusahalah bersungguh2. Namun apabila sampai masa berhentilah sekejap dan beramal. Kosongkan fikiran dan bertawakkal sahaja lah. Kerana ketetapan rezeki itu adalah urusan Allah.

Wallahua'lam