Monday, February 29, 2016

Air oh air

Kita ini sebagai orang islam beriman kepada benda ghaib yang tak nampak oleh mata kita. Seperti malaikat, hari akhirat dan sebagainya. Ia adalah dugaan kita untuk menerima dan yakin. 

Kita perlulah yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dan pentadbiran Allah adalah Maha halus dan teliti

‎وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,

‎كِرَامًا كَاتِبِينَ
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);

‎يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
 Surah Infitar ayat 10-12

‎أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Surah Al Mulk ayat 14

Di sebalik itu, kita ni kadang lupa bahawa sebalik perkara ghaib itu kita dikurniakan Allah pendengaran, penglihatan dan hati untuk memerhatikan kekuasaanNya.

Asas kehidupan adalah air. Tanpa air tiadalah kehidupan ni. Tandus dan kering kontang bumi ini. 

Allah menjadikan bumi sesuai untuk kehidupan manusia dgn sumber air dan justeru kehidupan tumbuhan dan haiwan.

Hanya Allah yang mutlak menurunkan hujan dan mengadakan sumber air. Bukanlah manusia yang boleh mengawal atau mentakdirkan kehadiran air. Ianya di luar kemampuan manusia. Hanya lah Allah pentadbir alam yang berkuasa atas air.

Jika nak ditambah sedikit lagi. Apabila datangnya dajjal al masih nanti. Dia akan mendustakan dan menyesatkan manusia dgn air. 

Dengan izin Allah, dajjal boleh menurunkan air dari langit kepada manusia yang diputuskan dari air setelah mereka mengaku dajjal adalah tuhan.

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَاءٍ مَّعِينٍ
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?". Surah Al Mulk ayat 30

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
Surah Al Waqia ayat 68-70

Friday, February 26, 2016

Aku blur

Hmmm.. Lama dah tak tulis. Mungkin kena tulis. Kadang2 bukan tak tau apa nak tulis. Banyak perkara yang boleh ditulis dan list yang nak ditulis bertambah byk sampai dah tak tau apa yang nak ditulis.

Itulah masalahya di zaman sekarang ini.. Terlalu banyak permasaalahan..terlalu banyak perkara yang patut diambil berat tetapi tidak dihiraukan dan diringankan. Nak tulis perkara2 ringan dan santai sahaja. Tetapi banyak perkara besar yang perlu di highlight pada zaman ini.  

Sekarang aku tgh fikir apa yang patut tulis.. Nak tulis betapa kita ini ingkar dan Allah murka kepada kita atau nak tulis nikmat Allah yang terlalu banyak dan dia Maha mengasihani dan Maha pengampun.

Ok lah ditolak issue akidah dan tauhid yang perlu lepas syaratnya.. Juga masalah yang agak besar sekarang

Lepas tolak persoalan asas akan ibadah fardhu yang juga kena lepas.

Manusia zaman sekarang ini, byk terdedah kepada informasi atas mudahnya informasi yang terpampang di depan mata dan dihujung jari.

Mungkin, manusia itu rasa ilmu pengetahuannya banyak dan banyak perkara yang dia boleh cakap dan perkatakan. Mungkin orang sekarang lebih outspoken and critical.

Hmmm.. Kita cakap pasal 'ghibbah' iaitu percakapan yang sia2. Kita pendekkan sahaja lah. 

Kita perlu kurang dan mengawal diri dari bercakap benda yang sia2. Bercakaplah lebih dengan ilmu dan kesedaran.

Janganlah kita bercakap main pakai cakap dan melulu.. Kerana perkataan in adalah lafaz. Atas keadaan sekarang ditakuti kita bercakap perkara berkenaan tauhid dan akidah yang kita kurang ilmu, lalu relate kan kepada keaadan semasa yg menyebabkan kita sesat dan kufur

Atau pun kita nak sangat comment orang dgn niat yang salah. Sampai kita membuka aib orang untuk menunjukkan kita ni betul. Dibimbangi nanti Allah membuka aib kita didunia ini dan diakhirat. Kerana aib kita ini tak kira sesiapa pun kecuali Rasul dan Nabi adalah terlalu banyak.

Bukan itu sahaja pada zaman sekarang ini. Bukan issue buka aib orang sahaja, sekarang dengan pergaulan yang meluas dan kehadiran media social, manusia sekarang sampai tahap membuka aib diri sendiri.

Kita tak perlu lah bercakap, tanpa kita sedari kita membuka aib diri sendiri atas dasar bangga atas perbuatan salah kita. Atau pun membuka aib tanpa disedari atas runtunan bersocial.

Rahmat Allah adalah menutup aib kita. Jika kita membuka aib org apatah aib diri sendiri adakah kita ini dirahmati?

Semoga Allah membuka mata kita atas aib kita dah kesalahan kita.. Dan memberi peluang untuk kita memohon keampunan dan taubat

Semoga Allah merahmati kita selalu dan sentiasa menutup aib kita di dunia dan di akhirat

Wallahua'lam
Ketam oh ketam

Islam itu agama yang lengkap. Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan. Iyanya lengkap berpandukan Al Quran dan hadith. Segalanya ada hukum dan prinsip yang disandarkan. Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan dan pembalasan Allah sama ada kebaikan atau keburukan. Sehingga seperti diperkatakan jatuhnya sehelai daun pun di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah dan urusanNya.

Jadinya, atas dasar itu, aspek yang yang utama dan asas dalam Islam adalah keyakinan yang bulat semata-mata atas agama itu dan segala yang diturunkan dan diajar oleh Allah dan Rasul. 

Sesungguhnya, ilmu Allah itu Maha luas. Dan kita haruslah menyakini tanpa ada sebarang keraguan.

Umat dizaman dahulu hebat imannya tidak tertanding oleh umat zaman sekarang. Keyakinan diri mereka adalah amat tinggi dan justeru tahap imannya adalah amat tinggi berbanding umat akhir zaman ini.

Jika dibandingkan dgn apa yang ditunjukkan Allah kepada umat dahulu dan sekarang. Umat zaman dahulu perlu semata2 menyakini segala kebesaran Allah itu. Dibandingkan dengan zaman sekarang dan akan datang, dimana kebesaran Allah itu lebih nampak dan ianya lebih mudah diyakini.

Contohnya israk dan mikraj, pengadilan dan hisab Allah secara serentak dan pantas. Mungkin amat sukar bagi umat dahulu menyakininya, tetapi mereka tetap yakin. Dengan teknologi yang canggih sekarang, banyak perkara yang tidak terfikir dan dikira mustahil dapat diwujudkan. Adalah sepatut lebih mudah kita meyakini dan beriman atas ilmu kita yang sedikit berbanding ilmu dan kebesaran dan kekuasaan Allah yang amat luas dan tinggi. Akan bahawasaya Allah mampu melakukan apa yang akal kita fikir mustahil.

Secara umumnya sepatutnya tahap keyakinan dan iman umat zaman sekarang adalah lebih tinggi. Namun hakikatnya iman dan keyakinan itu tidaklah setinggi mana.

Itu sebenarnya mukaddimah sahaja.. Panjang yer.. Hahaha.. Kena panjang kali ini bagi mencerahkan kepada umat sekarang yang celik dan mahu melihat logic bagi banyak benda dan suka bercakap dan berbahas.

Apa yang diperkatakan adalah keyakinan yang mutlak atas agama ini. Soal akidah dan tauhid. Islam merangkumi segala aspek itu perlu diyakini. Islam itu merentasi zaman dahulu sekarang dan selamanya, itu perlu diyakini.

Buat lah apa pun dan bercakaplah apa pun namun akidah dan tauhid  perlu dijaga. Kalau tak tahu apa yang perlu diyakini dan apa itu yang terkandung dalam islam, pergilah belajar dan diam aja lah. Dibimbangi akidah kita tergelincir oleh kena bercakap dan berbuat atas dasar akal dan pemikiran logik semata. Kerana jika kita yakin akan Allah dan agama, ilmu kita dan akal kita amatlah cetek. Semudah kita mengatakan ilmu kifayah diwaktu dulu itu sedikit dibanding sekarang. Samalah apa yang akan diperkatakan kepada kita oleh umat akan datang kepada kita di zaman sekarang

Harap2 dgn mukaddimah yang panjang ini Keyakinan yang membaca akan bertambah dan masuk akal.

Apa yang hendak diperkatakan hari ini adalah berkenaan dengan tabiat org zaman sekarang. Tak kira siapa pun samada org islam awam, para alim dan ulama, para pemimpin dan sebagainya.

Again, bercakap lah dan berbuat apa sahaja, akidah dah tauhid perlu dijaga. Keyakinan kepada Allah dan apa yang dituntut dan disyariatkan perlu ada. 

Berfikir sebelum bercakap, kalau hendak bercakap dan tidak tahu jurisdiction dan panduan islam dalam perkara yang hendak dicakapkan baik lah diam sahaja.. Dibimbangi atas kejahilan, kita bercakap dan membuat kenyataan atas sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan..Pergi belajar dan buat kajian. Jangan bercakap melulu dan menggunakan akal semata2 sahaja.. Jagalah akidah dan tauhid.

Ini umum sahaja, para alim dan ulama juga termasuk. Ini adalah kerana diakhir zaman ini walau pun yang alim (berpengetahuan), keyakinan dan imannya belum tentu tinggi. Byk org temasuk lah org alim dan ulama yang menggadaikan agama kerana sedikit kesenangan dunia.

Kerana dikatakan dan semua org tahu apa yang telah dikatakan Rasul bahawa umat islam diakhir zaman ini ramai tapi imannya senipis kulit bawang. Oleh kerana kecintaannya kepada dunia dan kurang meyakini akan hidup selepas mati.

Akan hadir juga di akhir zaman pemimpin dam orang alim dan ulama yang jahat. Kadang2 mereka ini tidak perasan pun mereka menyimpang. Ada juga sebilangan yang memang jahat.. Dari golongan munafik mutlak. Seharusnya lah kita menilai mereka ini. Tak ada papan tanda di atas kepala mereka yg mengatakan aku pemimpin atau orang alim yang jahat.

Kita semua manusia yang selalu melakukan dosa. Walau banyak dosa sekali pun, namun akidah dan tauhid perlu dijaga sentiasa dan dgn rapi. Apa dosa sekali pun jika sampai masa bertaubat insyaAllah akan diampuni Allah. Cuma kalau terlalu mengarut iaitu lalai, bimbang tunggu punya tunggu, delay punya delay tak sempat taubat malaikat maut dah sampai.

Namun dosa melanggar akidah ini amat berat dan jika tergelincir hanya boleh terampun jika kita kembali bersyahadah dan bertaubat

Kalau kurang ilmu jadilah umat islam yang awam diam sahaja. Kalau nak banyak cakap banyakkan lah ilmu. Kalau dah berilmu bercakap dengan iman dan berdasar asas islam walau pun pada akal kononnya issue itu complicated dan moden. Walau serumit mana issue itu, ada hukum dan syariat yang yang termaktub.

Maaf.. Terpanjang pulak.. Kerana ini issue penting dan semakin terabai.. Saya cuma risau

Kerana semakin ramai yang melihat agama itu tidak releven tanpa disedari, semakin ramai yang membahagi2. Semakin ramai yang mempamirkan seakan akan ilmu dan urusan agama ini susah. Ada juga yang menyembunyikan ilmu itu seperti orang alim kitab kitab terdahulu.

Semakin kaya seorang itu atau semakin beriman dan berilmu ia, semakin banyak dugaannya.

Dikatakan dijika kamu itu miskin, maka bersyukurlah kamu kerana dilindungi dari penyakit hati orang kaya iaitu sombong, oleh itu amat buruk lagi bagi orang miskin yang sombong.

Samalah bagi ilmu, sangat rugi bagi yang berilmu tapi tidak meyakini dan bercakap menggunakan akal tanpa iman. Lebih buruk lah bagi orang yang kurang berilmu dan imannya., bercakap membuta tuli

A few things disturbed me today ... Ini lah hasilnya.. Panjang tulisan dan bebelannya.. Hehehe

Urusan hidayah dan terbuka hijab penglihatan ini hanyalah urusan Allah semata-mata, terpulang kepada siapa Dia hendak kurniakan. Ia bukan urusan manusia temasuk Rasul.

Didoakan semoga dikurniakan hidayah dan merasai kemanisan iman dan ibadah

Wallhuaa'lam





Jiwa oh jiwa
(Dari ayat2 surah An Naml) 

- Sesungguh nya orang2 Islam yang wajib mengimani , menyakini dan meghayati akan hari Akhirat.
- ia akan memberi sebab untuk hidup dan menjadikan kita orang2 yang ada tujuan dan menjadikan kita tahu bahawa kita adalah lebih mulia dari orang kafir, fasik dan munafik yang tidak punya tujuan hidup sebenar atas keraguan atas hari akhirat

‎وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah An Naml ayat 77

- beza antara orang islam yang meyakini hari akhirat dari yang tidak mempercayai atau ragu adalah jiwanya.. Bagi org yang menyakini jiwanya tenteram dan luhur dan sebalik nya ada lah jiwa yang tidak tenteram dan kosong
-bagi org islam yang sakit maka dia akan tahu bahawa sakit adalah janji Allah bahawa manusia akan menemui kematian, dan sakit itu adalah ujian dan penghapus dosa
- jika dilihat jika manusia masih muda dan mempunyai kekuatan, mereka akan sibuk dan mencari hal2 dunia semata mata
- hanya apabila tua bila kekuatan telah berkurangan mereka merasa hilang arah dan hidup ini tanpa pedoman dan tujuan
- hanya orang islam yang sedar apabila tua perlunya sibuk menambah amal ibadat sebagai bekal untuk akhirat kerana saat kematian adalah hampir
- samalah kita membaiki ibadah asas dan menjaga rukun, dan menambahkan kebaikan walaupun sedikit
- semoga Allah menjaga jiwa kita, dan tidak dibiarkan kita sesat sehingga hari tua kita

‎إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan. 

‎أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَهُمْ سُوءُ الْعَذَابِ وَهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang paling rugi.
Surah an Naml ayat 4-5

‎إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).

‎وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. Surah An Naml ayat 81-82

Ku turutkan hati 50-50.. Ku turutkan nafsu badan binasa

Di dalam tubuh manusia dijadikan segumpal darah, yang dinamakan hati, jika baik darah ini maka baiklah amal dan perbuatan manusia. Jika buruk darah ini maka buruklah amal dan perbuatan manusia itu

Di dalam hati letaknya iman dan lawannya adalah  al halwa iaitu nafsu. Iman dan nafsu ini sentiasa berperang. Jika iman sentiasa menundukkan nafsu maka amal dan perbuatan manusia itu baik dan sebaliknya

Manusia, jin dan syaitan dikurniakan Allah nafsu dan akal, cuma malaikat dikurniakan akal sahaja tanpa nafsu

Ada org berkata hatinya baik, namun kebanyakan amal dan perbuatan serta apa yang dituturkan tidak baik. Makan hatinya adalah buruk. Ini kerana hati yang baik akan menzahirkan apa yang baik

Ada orang yang berkata 'be your self'. Jika di biarkan kita mengikut sahaja diri kita kebanyakan kita hanya akan mengikut hawa nafsu semata mata.

Kalau anak, isteri atau pekerja kita tidak mengikut kata dan perintah kita, kita akan marah. Kita rasa kita berhak atas nafkah dan gaji yang di berikan. Ini kan pula kepada Allah yang mencipta dan memberi segala nikmat kepada kita.

Perbezaan antara manusia adalah tujuannya hidup dimuka bumi ini. Jika tujuannya kebanyakan keduniaan dan mengharap pengiktirafan dan redha manusia, maka dia kebanyakan masa mengikut nafsu hati. Akan tetapi jika tujuannya untuk mengharap redha Allah maka dia mengikut imannya.

Maka adalah penting kita mengenali hati kita. Akan mengetahui makanan hati kita iaitu sifat, akhlak dan perbuatan yang baik seperti merendah diri, ikhlas, bertolak ansur, bersangka baik dll. Juga memahami penyakit hati kita seperti sombong dan bongkak, riak dll.

Semoga dgn menjaga hati kita menjadi insan yang lebih baik

Ku fikir kan.. Rupanya.. Tipah tertipu

Lebih kurang dari sebuah hadis yang mencerita seorang badwi dari Najjah berjumpa Rasullullah saw ingin bertanya tentang Islam, lalu bertanya dia kepada Rasullullah saw, apa yang perlu dilakukan sebagai seorang muslim. 

Rasullullah menjawap solat 5 waktu siang dan malam. Lalu ditanya lagi jika ada solat lain yang perlu dikerjakan. Rasullullah menjawap tiada kecuali jika kamu mahu melakukan solat sunat.

Bila ditanya lagi apa ibadat lain yang perlu dilakukan. Rasullullah menjawap puasa Ramadhan. Dan seterusnya...

Hidup dan ibadah ada tingkat darjat atas ibadah itu yang dilakukan. Ibadah yang tinggi darjahnya adalah dengan menunaikan, mempertingkatkan quality dan memberatkan amalan fardu dari amalan amalan sunat.

Namun dalam perkara2 wajib juga terbahagi dan dilepaskan tanggung jika seorang atau sebahagiaan melakukannya. Itu adalah pecahan antara fardu ain dan fardu kifayah

Sambil menjaga ibadat rukun dituntut juga melakukan amalan sunat seiringan

Namun dikata oleh ulama fiqah, orang yang memberatkan amalan sunat tetapi meremehkan atau lalai dalam perkara2 fardu sebagai orang yang tertipu

Seperti selepas selesai perkara tauhid dan iman kita, perkara awal yang dihisab adalah solat dan solat fardu.. 

Wallahua'lam 

Sayang oh sayang

- Orang dulu kata sayang anak ditimang-timangkan. Sayang isteri ditinggal tinggalkan
- Dalam perjalanan hidup berkeluarga biasa, kita awalnya sibuk mancari penghidupan untuk keluarga muda
- Awalnya pandangan adalah untuk memberi anak dan isteri nafkah. Menjadi naluri orang yang bermoral untuk menyediakan yang terbaik
- Semua orang sayang anak dan isteri. Dan naluri kita adalah untuk memberi yang lebih baik dari apa yang kita kecapi diwaktu kita kecil
- Di zaman ini modern ini banyaklah perkara yang boleh dilakukan untuk menzahirkan sayang kita. Oleh kerana mungkin kita mampu kita memberi banyak kemudahan dan pemberian kepada anak2 kita
- Akan tetapi adakah kita menjaga dan memberi pendidikan yang betul. 
- Dikatakan diakhir zaman ini. ibubapa banyak diperhambakan oleh anak2..sudut yang biasa dilihat anak menggunakan ibubapa dengan mengambil kesempatan atas ibubapa yang daif
- Namun satu lagi sudut ialah anak menghambakan ibubapa yang berkemampuan dengan mengambil kesempatan ibubapa atas kasih dan sayang mereka. Kerana ibubapa mana yang ingin melihat anak2 mereka susah
- Kebanyakan pendidikan yang kita beri adalah untuk menyediakan mereka untuk menjalani kehidupan dunia ini terutama pelajaran. Namun adakah kita menyediakan mereka untuk kehidupan akhirat?
- Ramai yang sayang anak dgn memberi segala keperluan material yang termampu
- Ramai kah yang memberi keperluan rohani? Adakah kita didik anak kita untuk menunaikan solat, membaca Al Quran?
- Sayangkah kita kepada anak dan isteri untuk menyelamatkan mereka dari neraka? Sayangkah kita kepada mereka dgn menyuruh mereka bersolat. Marahkah kita kepada mereka jika mereka meninggalkan solat.
- Tanyalah diri kita disebalik penyediaan untuk mengharungi dunia sama ada kita menyediakan mereka untuk akhirat juga.
- Tak ditanya di dalam kubur berapa gaji anak kita. Tak sampai pun wang gaji mereka kepada kita. Yang sampai hanya doa anak yang soleh
- Semoga kita sekeluarga masuk jannah. Semoga anak dan isteri kita membantu kita ke syurga bukan menheret kita ke neraka

Di alam fana cinta (hmm the singer pun dah meninggal muda.. Huhu)

Org kata dunia ini fana. Jika manusia menggunakan akal, dunia ini ada tatacara dan kitar hidup. Dah namanya kitar. Yang muda akan jadi tua, yang tua akan mati, yang tumbuh hilang berganti.

Manusia yang berjaya ialah orang yang mempunyai akal dan menggunakannya dan faham kitar ini. Mereka menyeimbangkan aktiviti , amal dan perbuatan mereka dalam menjalani hidup ini

Digesa Allah untuk kita sentiasa berfikir.  Sebab itu kita manusia dikurniakan akal. Kalau tak pakai nayalah ko jang. Bila kita angkuh mengatakan kita betul dalam kita tak betul dan sesat. Kita bukan pakai akal, kerana pada akal yang sempurna dan berfikir datangnya rendah diri dan kebaikan. Yang angkuh dan sesat itu tak pakai akal, pakai nafsu dan ikut perasaan.

Takde berfikir takde lah planning. When you do not plan, you are planning to fail. Contohnya kalau kita pandai, jika banyak kawan, ambillah juga kawan yang alim, baik akhlaknya, mungkin yang bertaqwa..dapatlah juga kalau tak banyak sedikit tempiasnya. Kasik balance sikit. Janganlah kita disesatkan dgn tidak memandang, apatah lagi mengata dan mencerca mereka ini

Panjang pulak muqaddimah.. Ok semula

Dunia ini menyibukkan, dunia ini memperdayakan, dunia ini mengelirukan. Memang dah macam itu kerana dunia ini pentas ujian.

Sebab itu kita digesa melakukan tahajjud dimana bacaan dan ingatan kita lebih tenang dan jelas berbanding waktu siang, digesa juga kita bersolat rawatib untuk menampung apa yang kurang dalam solat fardu

Hmmm.. Lain yang nak ditulis, lain pulak yang tertulis.

Manusia banyak jenis manusia, banyak darjatnya disisi Allah

Ramai yang tak membaca Al Quran.Semoga diberi hidayah supaya membacanya. Ada yang membacanya tapi sebutan tak betul. Semoga dilapangkan masa untuk pergi belajar membacanya dgn betul. Ada yang membaca tapi tak tahu maknanya tapi tetap mendapat pahala dan insyaAllah akan dicuit hatinya untuk belajar memahami

Al Quran itu lengkap disediakan untuk org biasa dan awam. Juga untuk para ilmuan dan ahli fikir. Jadi Ia adalah panduan untuk semua orang tanpa mengira tahapnya dan darjatnya

Bagi org awam yang mengkajinya tak perlu ilmu yang tinggi boleh ambil panduan kerana ada ayat yang jelas, terang untuk dijadikan panduan

Namun ada juga ayat yang samar yang memerlukan kita berguru untuk mendapatkan tafsir yang baik. Disini tahapnya lebih advance dan memerlukan akal dan pemahaman yang baik serta memelukan penjelasan dari org yg lebih alim

Jangan ko faham ayat yang jelas itu, ko rasa senang, ko baca ayat samar, ko pergi buat tafsiran sendiri.. Naya dan sesat ko nanti

Antara tujuan ayat samar ini supaya manusia menggunakan akal berfikir dan faham kepentingan belajar. Dan faham ilmu Allah itu luas dan ada ayat lain untuk menjelaskan yang samar. 

Kalau kita tidak angkuh dgn imu kita yang sedikit itu maka kita akan terus belajar untuk mendapat tafsir yang lebih baik dan menggunakannya untuk hidup yang lebih baik

Janganlah kita sekali meninggalkan Al Quran kerana ia adalah panduan yang tidak akan menyesatkan dan menyelamatkan kita di dunia yang fana ini

Semoga faham, maaf kalau tak boleh kasik faham, den tulis saja untuk kawan2 yang nak membaca. Kitakan kengkawan.

Note: hanya Rasulullah dikurniakan kelebihan bercakap sedikit dan mudah difahami. Sebab itu jangan juga ditinggalkan hadith.. Hadith pun ada macam2, ambik dan belajar yang sahih. Dan janganlah argue atas benda2 remeh atas hadis yang daif dgn kejahilan dan keangkuhan

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Surah al e imran ayat 7 dan 8

Ayat 8 adalah adalah doa lazim yang kita baca dan aminkan semoga faham maksudnya dan dimakbulkan doa. InsyaAllah
Qalbu (hati) dan cinta

Dah lama cuti, dah seminggu tak menulis, biasa tulis pasal akidah itu perkara asas, ibadah perkara ritual, amalan dan disiplin, hari ni cerita pasal fitrah manusia iaitu Qalbu dan cinta

Tapi topic ini jarang dibahas dan agak panjang namun dipendekkan sahaja lah

Org berkata cinta itu buta, ianya buta kerana kita jahil dan tidak mengenali diri sendiri.. Dan tidak memahami apa yang sebenarnya kita mahu atau perlukan. Bukan cinta itu buta, manusia yang membabi buta

Org kata cinta pandang pertama. Tapi cinta itu atas dasar apa ianya yang dipandang. Dan kebanyakan masa atas dasar pandangan yang salah.

Apabila manusia itu muda, tidak berpengalaman, atau org muda dan tua yang jahil. Biasanya cinta itu dilihat dari fitrah nafsu mungkin dari segi kecantikan, harta dunia dan lain. Kebanyakan manusia adalah seperti itu kerana kita semua manusia.

Namun jika pandangan itu kekal, maka kebahagian sementara itu kekal sementara kerana kecantikan dan harta tidak akan kekal. 

Sebab itu pasangan yang dari kedua2 nya atau salah satunya yang kekal dengan pandangan nafsu itu tidak akan bahagia. Kerana kedua duanya masih kekal buta atau keserasian itu berkurangan apabila pandangan salah satu nya berubah dalam masa.

Kemudian datangnya fasa dimana manusia faham akan cinta itu yang lebih berkekalan akan  kecenderungan pada akhlak baik pasangan. Atau cinta itu semakin berkurangan atas akhlak buruk pasangan.

Walau dari mana pun kita bermula, cinta pada pasangan boleh dan akan bertambah atas pengetahuan akan akhlak baik semulajadi pasangan atau perubahan kepada kebaikan akhlaknya yang secara  fitrah membuat kita bertambah suka

Namun cinta yang kekal sebenar adalah pada agama pasangan itu. Kerana pada agama ada ketenangan, akhlak yang baik, ketaatan, percakapan yang baik, tanggungjawap dan sebagainya.

Cinta yang sebenarnya adalah cinta kepada Allah. Kerana dikatakan dalam firmannya, jika kamu ingat kepada Aku, maka aku akan ingat kepada kamu

Panjang lagi kalau nak hurai

Kesimpulannya jika tidak bahagia, boleh lah difikirkan perkara2 diatas, jika kita hendak menilai pasangan kita nilai juga akhlak dan agama kita. 

Jika kita mahu bahagia baikilah akhlak dan agama kita dan ajaklah pasangan kita membaiki akhlak dan agamanya.

Kalau nak menikah satu lagi pastikan asas agama itu ada. (Perenggan ini tak dihantar kepada isteri ye). 

Kerana fitrahnya perempuan itu cemburu walaupun Fatimah binti Muhammad (anak Rasullullah)

Tanggungjawap lelaki memimpin dan fitrah perempuan adalah bernafsu.




Perihal hati - dengup jantungku

Kalau cakap pasal hati, sampai kiamat pun tak abis. Cerita hati ni tamat hanya bila kita mati apabila jantung dah berhenti berdegup.

Hati yang memandu hidup. Hati adalah jantung yang menyalurkan darah untuk kehidupan.

Kalau tak tau.. Hidup ini adalah berkisar tentang hati. Cuma dari sudut mana manusia melihat tentang hatinya

Kalau kanak2 hatinya untuk kepuasan bermain, org muda mahu hatinya bebas dan ingin rasai cinta, org tua takut hatinya kena penyakit jantung, mungkin..

Haha, nampak macam nak panjang pulak dan lari dari cerita hari ini.. Ini seperti yg dinyatakan.. Soal hati ini amat luas.. Tetapi amat penting sekali kerana secara ringkas iman duduknya di dalam hati, niat datang dari hati, perbuatan dan perkataan dizahirkan dari hati

Cuma hari ini nak lihat dari sudut kesihatan hati sahaja.. Jenis hati pun banyak.. Hati tertutup, hati terbalik dan ada byk lagi

Tetapi dari terminologi kesihatan adalah

Hati sihat - ialah hati mukmin sejati dimana hati yang penuh dgn cahaya keimanan, ia faham akan tujuan hidup dan pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Mungkin dia berdosa, ada sikit2 dosa kecil. Namun dia ampun dosanya atas kebaikanya yang banyak. Mungkin di ampunkan dosa kecil ini diantara solat atau ketika dia sujud dan rukuk atau bila dia beristiqfar

Hati yang sakit - hati yang sentiasa berperang antara imam dan nafsu kemungkaran. Kadang2  iman menang kadang2 nafsu menang. Tahap sakit pun ada yang ringan, ada pertengahan dan ada yang kronic. Tergantung kepada amalan dan sifat keseluruhan yang ada dalam hatinya. Kalau banyak dgn hasad dengki, sombong, dan lain2 maka penyakit hati kronik. Kalau mungkin kadang sahaja, penyakitnya ringan sikit atas kehadiran iman dalam hati.. Cuma imannya tak consistent, tengoklah mungkin seperti pasang surut laut atau laut laut yang bergelora atau seperti laut dilanda taufan.

Hati mati - hati yang gelap, hati yang tidak bercahaya. Hati yang tidak mendapat hidayah dari Allah, hati yang di laknat oleh Allah.
Zahirnya matanya celik dan melihat, akan tetapi hatinya buta. Hatinya hanya ada kesombongan dan kesombongan bukan sahaja kepada manusia tetapi sombongnua juga kepada Allah yang menciptanya. 

Hati nya penuh dgn penyakit hati yang banyak dan penyakit ini menular ibarat kancer yang merebak tanpa penawar

Cukup itu sahaja, panjang lagi kalau nak ditulis.. Nanti boring pulak

Kesimpulanya di akhir zaman ini semakin kurang orang yang hatinya sihat, kebanyakan orang hatinya sakit.. Cuma semakin banyak penyakit yang kronik dari sakit yg ringan. Juga semakin banyak yang hatinya mati

Semoga semakin ramai hatinya sihat. Semoga yang hatinya sakit, berfikir dan memeriksa tahap kesihatan hati serta mengenal pasti penyakit hatinya supaya dapat mencari penawar penyakit  hatinya

Semoga dihindarkan dari kematian hati, disinari cahaya dan diberi rahmat dan hidayah.

Wallahua'lam


Lalai ( intipati dari ayat2 awal surah yassen)

Fitrah manusia adalah lalai. Manusia sentiasa lalai dan berdosa. Satu pahala akan membawa kebajikan yang lain namun satu dosa walau kecil dan berterusan akan membawa kejahatan yang lain

Walau pun demikian manusia harus sentiasa kembali kepada jalan yang lurus dgn muhasabah dan taubat

Apabila kita selalu sahaja lalai berterusan, kemuncaknya adalan manusia akan lupa dan ragu akan keesaan Tuhan dan disesatkan.

Apabila kemuncak ini terjadi maka Allah akan membelenggu manusia dgn kelalaian kehidupan dunia sahaja.. Dibutakan mata, dan dimatikan hati

Oleh kerana hidayah ini mungkin datang dari 3 penjuru, dari hadapan, belakang dan atas. Di tafsir hadapan dgn melihat masa depannya, belakang adalah dari melihat sejarah, atas iaitu hidayah dari Allah dgn kehendaknya. Jika kemuncak ini terjadi jalan hidayah ini akan ditutup oleh Allah

Maka akan jadi lah dia seperti orang kafir yang sentiasa sesat dan tertanya akan dari mana datangnya mereka, tujuan mereka di muka bumi ini serta kesudahan mereka..

Allah mengatakan bahawa apabila ini terjadi, sama sahaja jika orang ini diberi peringatan atau tidak, dia tidak akan dapat melihat dan mengendahkannya.

Kewajiban yang penting adalah bersolat kerana solat itu ada benteng kepada kemungkaran, solat itu akan mengatakan salah kepada yang batil, solat itu juga akan mengembalikan kita kepada jalan yang lurus
Harapan, harapan menjadi layu 
(Extract dari sebuah hadith kudsi)

Manusia adalah hamba yang lemah dan daif yang Allah katakan sentiasa melakukan dosa siang dan malam. Ini adalah apa yang diperakui oleh Allah saw. Dan haruslah kamu mengakuinya dan memohon ampun kepada Allah. Nescaya Allah jika inginkan maka diampunkan semua.

Namun haruslah, manusia mengaku dosa yang dilakukan oleh kerana kedaifan atas kegagalan godaan nafsu ini. Akan tetapi haruslah dgn sentiasa meningkatkan amal. Namun bukan dosa atas keingkaran dan kedegilan.

Kita harus sentiasa berharap kepada keredhaan, belas kasihan dan keampunan Allah senantiasa. Sikap mengharapkan yang dituntut haruslah disertai dgn amalan dan bukan angan2 semata2

Dan jika semua orang dan jin dari awal dan akhir itu bertaqwa kepada Allah maka tidak sedikit amalan ini pun menambahkan kepada kerajaan Aku. Kata Allah saw.

Dan jika sekiranya dari awal hingga akhir manusia dan jin itu melakukan kekufuran maka ia tidak sedikit pun mengurangan kerajaan Aku.

Dan jika sekiranya dikumpulkan semua manusia dan jin pada suatu tempat dan dan dimakmulkan semua permintaan mereka namun tidak sedikit pun mengurangkan dari perbendaharaanNya. Umpama jarum yg dicampak ke laut.

Orang yang bijak adalah org yang sentiasa menyiapkan bekalan amalan bagi kehidupan selepas dunia

Namun orang yang bodoh hanya memasang harapan namun berlaku mungkar. Tanpa meningkatkan amalnya. Juga org yang rugi adalah org yang mengatakan mereka bersangka baik terhadap Allah namun apabila mereka keluar dari dunia ini, mereka hanya membawa amal yang sedikit. 

Oleh kerana sangka baik hendaklah disertakan dgn amal. Orang yang bodoh adalah org yang harap rahmat dari Allah namun tidak melakukan apa yang dituntut oleh Allah dari hambaNya

Nabi Muhammad saw berpesan bersegeralah mengerjakan amal, berlumba lumbalah mengerjakan amal.

Manusia tabiat dan tabii nya akan ada kesukaan dan keutamaan tertentu pada satu-satu masa. Mereka akan bersegera dan berlumba melakukan sesuatu, dalam masa yang sama juga melengahkan sesuatu mengikut keutamaan dan tanggapan hidupnya. Tak kira tahap iman dan taqwa, kafir atau islamnya mereka. Orang muda lain keutamaannya dari org pertengahan dan org tua.

Semua manusia beranggapan mungkin hidup ini adalah seperti kitar yang biasa. Dilahirkan lalu melalui semua fasa sehingga tua dan dimatikan.

People say that lesson are with the old. Baguslah kalau faham itu. Harapannya, banyak lesson dan pengalaman yang telah ditimba. Paling tidak apabila menginjak usia 40 tahun adalah sedikit kesedaran. Paling tidak kalau dah 50 keatas adalah kesedaran yang dikurniakan oleh Allah atas uban2 yang semakin memutih, mata yang semakin rabun, tidur yg semakin singkat, selera yang tak berapa nak ada lagi.

Namun bukannya selamat, walau pun bertaubat atas semua dosa yang telah dilakukan. Namun hutang2 perlulah dibayar, zakat yang tertunggak, solat fadhu yang perlu diqada dan sebagainya.

Tapi kalau masih teraba-raba atau masih sesat, atau masih tak cukup duit yang dah banyak, belum puas dgn kenikmatan dunia. Harap dikurniakan hidayah dan kesedaran. Semoga bertemu pengakhiran yang baik.

Namun jika amal itu sedikit dan ada jugalah, tingkatkan dan baikilah sedikit demi sedikit. Beruntunglah orang yang dikurniakan kesedaran dimasa mudanya kerana barakah amal diwaktu muda adalah lebih tinggi dibandingkan dimasa tua. Pelaburan sedekah diwaktu muda contohnya disaat kesempitan nak bayar hutang rumah dan kereta adalah lebih barakah dari yang org yang tua yang makan pun dah tak lalu, rumah pun dah abis bayar...

Namun kalau dah tua pencen tu, saat itulah nak kena bersungguh2 mengganti yang tertinggal dan ditinggalkan. Bukan masa untuk lepak dan berpeluk tubuh dan tak faham masa dah nak abis.

Sendiri mau ingat.. Nak diserta ayat ke? Cari lah sendiri...ambik dari juz 30 je lah.. Juz 30 ni penuh dgn peringatan pembalasan dan hari akhirat.

Telefon dah canggih, internet dihujung jari. Download ajalah.. Al Quran dan tafsir tu pun tak sampai 1 gigabit

Tak nak baca pun takpe, nak baca pun pun takpe. Nak dapat ibrar alhamdullilah. Nak marah pun suka hati. Kita berkawan, kalau semua kawan cakap sia-sia je.. Ada kawan yang berpesan dan mengajak kepada kebaikan apa salahnya..

Wassalam




If i knew then what i know now

Perjalanan hidup manusia  di dunia walaupun dengan perbandingan dgn akhirat itu sekejap dan hanya persinggahan, ianya berliku-liku. Moga liku-liku itu kecil-kecil belaka dan kearah tujuan yang betul.

Janganlah ada satu liku atau liku yang sedikit  mengarahkan kita jauh dari tujuan asal yang hakiki.

Apabila semakin berusia, banyaklah pengalaman yang ditimba atas kejadian yang kita telah lalui. Dan apabila kadang-kadang kita renung (which sepatutlah bermuhasabah sentiasa) mungkin banyaklah keputusan yang mungkin kita rasa boleh dibuat dgn lebih baik, jika sekiranya kita boleh kembali membuat keputusan dgn pengalaman yang telah ada. 

Mungkin keputusan itu akan membuat kehidupan kita akan berbeza sama sekali dan mungkin menjadi lebih baik.

Namun masa takan berulang dan tak mungkin akan kembali. What is done is done and cannot be mend.

Keputusan yang lebih baik can be only be done now or in the future selagi kita masih bernafas. Reviewlah keputusan yang telah dibuat, sedang dan akan dibuat.

Sometime people say it is wiser to learn from other people experience rather than experiencing it urself.

Tapi tak banyaklah yang wise seperti itu kerana tak banyak manusia yang cool dan menggunakan akal dalam keadaan sentiasa alpa. Kerana fitrah manusia selagi tak kena kat batang hidung sendiri, susah sikit..

The past is passed, it can only teach us lesson if we give it a thot. Definitely, we are wiser than yesterday and yesteryear.

The time to make a different is now!. Anda putuskan lah sendiri. Jika tidak diputuskan, keadaan dan orang sekeliling akan memutuskan bagi kita dengan izin Allah

Cuma perlu diingat, sesalan dimasa sekarang, selaku hidup masih boleh diperbaiki dan diubah. Sesalan selepas mati tiada lagi gunanya. Tiada ada gunanya menyalahkan keadaan atau orang lain kerana kita yang telah tersilap dan terpedaya.

Akan dibalas apa yang kita kerjakan dan tinggalkan and that is for sure.

If only i knew then what i know now. And if only it is not too late. Renungkanlah.

Oklah kali ini disertakan ayat ayat pendek dari perbagai surah untuk renungan bersama

‎وَالْعَصْرِ
Demi Masa!

‎إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian 

‎لَتَرْكَبُنَّ طَبَقًا عَن طَبَقٍ
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)

‎وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّىٰ لَهُ الذِّكْرَىٰ
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?

‎يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"

‎أَلَمْ نَجْعَل لَّهُ عَيْنَيْنِ
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) 

‎فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa

‎كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Wallahua'lam

Suci dalam debu. 

Manusia ini sempurna kejadiannya. Namun jika manusia melihat dirinya sempurna atau lebih baik dari org lain ia menjadi masalah. Kerana jika mereka merasa diri sempurna atas kekayaannya atau kecantikannya sebagai contoh, atas kebodohannya mungkin dia tidak sedar ada lagi org yang lebih kaya atau cantik yang mungkin memandangnya miskin atau tidak cantik

Manusia ini dicipta dgn sempurna oleh Allah, sempurna dengan kelemahannya. Diciptakan sempurna untuk diuji oleh Allah sama ada dia bertaqwa atau kufur.

Oleh itu Allah sempurnakan manusia dgn hati dan akal. Bagi melihat tindak tanduknya atas ujian dan dugaan yang dikenakan keatasnya.

Hmmm.. Jika nak dihurai perkara ini terlalu luas serta contohnya amat pelbagai dan subjective... Nanti jadi terlalu panjang. Lain kali kita cerita detail sikitlah

Cuma pendeknya, manusia itu diuji Allah pada setiap saat!. Perlulah kalau kita org yg berfikir memikirkan apa yg sedang Allah uji atas diri kita.

Hmmm.. Ayat apa nak disertakan. Syarah kena berpandu pada ayat. Ini perkara umum.. Terlalu banyak ayat yang berkaitan. 

Ini menunjukkan manusia ini tidak akan terlepas dari ujian bak kata kata yang biasa kita dengar. Cuma hakikatnya ujian itu adalah pada setiap saat sehingga kita mati. Bermuhasabah dan bertawadduk lah sepanjang masa.

Dan ujian Allah itu kepada semua manusia tak kira lah kita ini siapa, kaya atau miskin, berilmu atau jahil, bertaqwa atau kufur.

Nak kata pendek pun panjang jugak... Hahaha

Sorry tak tau ayat mana yang sesuai untuk topic umum ini.. Kenapa terlalu banyak ayat-ayat peringatan dari Allah di dalam Al Quran.

‎وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنثَىٰ
Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina)

‎إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّىٰ
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.

‎وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya

‎فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

Banyak pahala jika belajar satu ayat. Ayat pendek pun satu ayat.. Hehe

Wallahua'lam 



Ekstrak dari satu hadith Nabi saw

Bahasa hadith ini adalah mudah

Amalan-amalan yang baik yang akan dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat

1. Menolong dan mempermudahkan urusan and kesulitan orang lain. Allah akan mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat

2. Menutup aib orang lain. Allah akan menutup aib kita di dunia dan akhirat. Aib ini adalah kelemahan manusia yang daif. Semua manusia mempunyai banyak aib-aib tersendiri.. 

3. Mencari ilmu untuk mendekatkan diri dgn Allah. Allah akan mendekatkan dan memberi  kemudahan 'tarikun minal jannah'- jalan ke syurga.

Kain dan cawan, madu dan racun

Aku semakin banyak benda nak kena fikir now ni.. So mungkin dugaan aku is to juggle and balance thing out.. Dah dekat dua minggu tak tulis.

Orang kata kanak-kanak itu bagaikan kain yang putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mewarna dan merencanakan.

Dari satu sudut boleh dikatakan kain itu adalah hati. 

Kita ini semua hanya mengharap redha Allah. Tak terbalas nikmat yang diberiNya. Dan Allah sentiasa melihat hati kita. Oleh itu segala amal dan kebajikan bergantung kepada niat. Niat itu letaknya di dalam hati.

Hati ini umpama bekas..dikala kanak2 ini bekas ini kosong dan akan diisi. Semakin kita hidup bekas ini akan terisi. Lama2 ruangnya semakin sempit dan akan penuh. Namun jika kita pandai dan berfikir kita akan tukar bekas ini kepada bekas yang besar sikit.

Semalam aku di beri misalan oleh guru aku..sambil minum.. Dia cakap hati itu boleh diumpamakan seperti cawan. Jika cawan ini penuh dan penuh dgn kekotoran dan maksiat..dibacakan Quran, ditarbiah dan diperingatkan pun takan dapat hidayah.. Mungkin buat tak tau je..Kalau ada amal yang sedikit pun susah nak lekat.

Di kala berusia ni.. Kalau semakin byk dosa dan amal mungkar mmg masalah besarlah sebab cawan dah penuh dan akan melimpah

Cara kita hendak membaiki diri dan mendapat lebih hidayah kata kawan aku ini adalah dengan perlahan2 mengosongkan cawan ini terlebih dulu..yakni mengurangkan habit dan amalan yang buruk..perkara2 dosa dan maksiat..baru lah boleh diisi dgn benda2 yang baik dan mendapat hidayah dan lebih barakah

Fikir2kan lah dan bermuhasabah.. Bemulalah walau pun dengan perlahan2 atau sedikit....

Wallahua'lam