Saturday, March 19, 2016

Adilkah aku?.... Berdasarkan fikh keutamaan oleh Yusuf Al Qardawi

Kita ini dituntut berjemaah atau bermasyarakat. Keutamaan berjemaah itu lebih penting dari keutamaan sendiri. Namun ujian bermasyarakat itu banyak dan rumit.
Kalau bermasyarakat perlulah ada kesederhanaan dan keadilan.

Soalan biasa adalah adilkah kita kepada orang lain?. Tapi soalan tersirat adalah adakah kita adil kepada diri sendiri. Kerana jawapan kepada soalan kedua ada sama seperti jawapan kepada soalan pertama.

Kerana jika kita berlaku adil kepada orang lain maka sebenarnya kita adil kepada diri sendiri. Dan jika jawapan pertama itu disebaliknya maka kita ini tidak adil kepada diri sendiri dengan menginayakan diri sendiri. 

Apabila bermasyarakat perlulah ada sifat tawadduk tidak ego, berkasih dan bersangka baik. Semua orang ada dosanya dan aibnya. Jika Allah membuka aib kita maka nayalah kita. Semua manusia melakukan kesilapan walaupun imam2 besar. Namun beza imam2 besar zaman dahulu mereka bertawadduk mengaku kesilapan dan memperbaikinya, serta meraikan pandangan dan teguran orang lain. Berbeza dengan kebanyakan orang dan ilmuan dikala ini.

Kalau dalam solat berjemaah, kita solat di rumah Allah dan perlu bersolat bersungguh2. Tak perlulah kita berniat bersolat atau memperbaiki solat untuk diperlihatkan kepada orang lain. Niat kena betul. Dan atas dasar jemaah, kekurangan dalam solat seseorang itu dalam berjemaah ditampung oleh jemaah yang lain. Jadi sebenarnya kita saling tolong menolong sesama jemaah.

Dalam masyarakat sekarang ini, tak kira sesiapa kita, byk yang memperlekehkan orang yang melakukan  kebaikan atau berubah kepada kebaikan dan menyeru kepada kebaikan atas sebab  tertentu mungkin dia sendiri tidak suka atau tidak mampu melakukannya dan tidak mahu berubah. 

Sebaliknya berdiam sahaja atas kesilapan dan kezaliman jemaah yang lain dan mungkin berkata dan mungkin memtertawa dibelakangnya tanpa sebaliknya menegurnya supaya kesilapan itu diperbaiki.
Kalau atas dasar kurang iman, lebih baik berdiam diri sahaja. Kerana kita berlaku adil kepada diri sendiri sebenarnya. Dengan itu mungkin kerana kita menjaga lisan kita, mugkin dikurniakan Allah hidayah dan iman dikemudian hari.

Hendaklah kita menyayangi semua umat islam dalam keseluruhan. Walau pun seseorang yang fasik, iaitu kita perlu sayang dia atas batas imannya walaupun sedikit. Tetapi juga tidak suka perkara zalim dan maksiatnya. Namun atas kasih kita perlu menegur perkara yang tidak betul ini.

Kita perlu meletak keadilan itu pada tempatnya. Perlulah meraikan kebaikan seseorang dan tidak melabel dan memusnahkan seseorang atas sebab kemaksiatannya, kesilapannya atau pendapatnya.

Kesederhanaan dan adil itu lebik dekat dengan takwa. Janganlah menganggap apa keluar dari mulut seseorang itu bila ada yang buruk, maka semuanya buruk. Bersangka baik akan maksudnya mungkin sama. Dan lihatlah kebaikan-kebaikan lain. Kalau betul ianya buruk atau zalim, maka menjadi tanggungjawap menolong memperbaikinya dan bukan membencinya.

Perlunya ada keadilan dan meraikan kebenaran .Tidak perlu lah ada taa'sub serta tuduh menuduh dan anggapan yang melulu. Perlulah ada keterbukaan dan tawadduk demi kepentingan jemaah.

Antara 3 perkara yang memboleh seseorang merasai kemanisan iman ialah apabila i
Dia paling menyayangi Allah dan Rasul, menyanyangi orang lain kerana Allah serta benci dan tidak suka kembali kepada kekufuran.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment