Friday, February 26, 2016

Ku turutkan hati 50-50.. Ku turutkan nafsu badan binasa

Di dalam tubuh manusia dijadikan segumpal darah, yang dinamakan hati, jika baik darah ini maka baiklah amal dan perbuatan manusia. Jika buruk darah ini maka buruklah amal dan perbuatan manusia itu

Di dalam hati letaknya iman dan lawannya adalah  al halwa iaitu nafsu. Iman dan nafsu ini sentiasa berperang. Jika iman sentiasa menundukkan nafsu maka amal dan perbuatan manusia itu baik dan sebaliknya

Manusia, jin dan syaitan dikurniakan Allah nafsu dan akal, cuma malaikat dikurniakan akal sahaja tanpa nafsu

Ada org berkata hatinya baik, namun kebanyakan amal dan perbuatan serta apa yang dituturkan tidak baik. Makan hatinya adalah buruk. Ini kerana hati yang baik akan menzahirkan apa yang baik

Ada orang yang berkata 'be your self'. Jika di biarkan kita mengikut sahaja diri kita kebanyakan kita hanya akan mengikut hawa nafsu semata mata.

Kalau anak, isteri atau pekerja kita tidak mengikut kata dan perintah kita, kita akan marah. Kita rasa kita berhak atas nafkah dan gaji yang di berikan. Ini kan pula kepada Allah yang mencipta dan memberi segala nikmat kepada kita.

Perbezaan antara manusia adalah tujuannya hidup dimuka bumi ini. Jika tujuannya kebanyakan keduniaan dan mengharap pengiktirafan dan redha manusia, maka dia kebanyakan masa mengikut nafsu hati. Akan tetapi jika tujuannya untuk mengharap redha Allah maka dia mengikut imannya.

Maka adalah penting kita mengenali hati kita. Akan mengetahui makanan hati kita iaitu sifat, akhlak dan perbuatan yang baik seperti merendah diri, ikhlas, bertolak ansur, bersangka baik dll. Juga memahami penyakit hati kita seperti sombong dan bongkak, riak dll.

Semoga dgn menjaga hati kita menjadi insan yang lebih baik

No comments:

Post a Comment