Friday, February 26, 2016

Qalbu (hati) dan cinta

Dah lama cuti, dah seminggu tak menulis, biasa tulis pasal akidah itu perkara asas, ibadah perkara ritual, amalan dan disiplin, hari ni cerita pasal fitrah manusia iaitu Qalbu dan cinta

Tapi topic ini jarang dibahas dan agak panjang namun dipendekkan sahaja lah

Org berkata cinta itu buta, ianya buta kerana kita jahil dan tidak mengenali diri sendiri.. Dan tidak memahami apa yang sebenarnya kita mahu atau perlukan. Bukan cinta itu buta, manusia yang membabi buta

Org kata cinta pandang pertama. Tapi cinta itu atas dasar apa ianya yang dipandang. Dan kebanyakan masa atas dasar pandangan yang salah.

Apabila manusia itu muda, tidak berpengalaman, atau org muda dan tua yang jahil. Biasanya cinta itu dilihat dari fitrah nafsu mungkin dari segi kecantikan, harta dunia dan lain. Kebanyakan manusia adalah seperti itu kerana kita semua manusia.

Namun jika pandangan itu kekal, maka kebahagian sementara itu kekal sementara kerana kecantikan dan harta tidak akan kekal. 

Sebab itu pasangan yang dari kedua2 nya atau salah satunya yang kekal dengan pandangan nafsu itu tidak akan bahagia. Kerana kedua duanya masih kekal buta atau keserasian itu berkurangan apabila pandangan salah satu nya berubah dalam masa.

Kemudian datangnya fasa dimana manusia faham akan cinta itu yang lebih berkekalan akan  kecenderungan pada akhlak baik pasangan. Atau cinta itu semakin berkurangan atas akhlak buruk pasangan.

Walau dari mana pun kita bermula, cinta pada pasangan boleh dan akan bertambah atas pengetahuan akan akhlak baik semulajadi pasangan atau perubahan kepada kebaikan akhlaknya yang secara  fitrah membuat kita bertambah suka

Namun cinta yang kekal sebenar adalah pada agama pasangan itu. Kerana pada agama ada ketenangan, akhlak yang baik, ketaatan, percakapan yang baik, tanggungjawap dan sebagainya.

Cinta yang sebenarnya adalah cinta kepada Allah. Kerana dikatakan dalam firmannya, jika kamu ingat kepada Aku, maka aku akan ingat kepada kamu

Panjang lagi kalau nak hurai

Kesimpulannya jika tidak bahagia, boleh lah difikirkan perkara2 diatas, jika kita hendak menilai pasangan kita nilai juga akhlak dan agama kita. 

Jika kita mahu bahagia baikilah akhlak dan agama kita dan ajaklah pasangan kita membaiki akhlak dan agamanya.

Kalau nak menikah satu lagi pastikan asas agama itu ada. (Perenggan ini tak dihantar kepada isteri ye). 

Kerana fitrahnya perempuan itu cemburu walaupun Fatimah binti Muhammad (anak Rasullullah)

Tanggungjawap lelaki memimpin dan fitrah perempuan adalah bernafsu.




No comments:

Post a Comment