Friday, February 26, 2016

Di alam fana cinta (hmm the singer pun dah meninggal muda.. Huhu)

Org kata dunia ini fana. Jika manusia menggunakan akal, dunia ini ada tatacara dan kitar hidup. Dah namanya kitar. Yang muda akan jadi tua, yang tua akan mati, yang tumbuh hilang berganti.

Manusia yang berjaya ialah orang yang mempunyai akal dan menggunakannya dan faham kitar ini. Mereka menyeimbangkan aktiviti , amal dan perbuatan mereka dalam menjalani hidup ini

Digesa Allah untuk kita sentiasa berfikir.  Sebab itu kita manusia dikurniakan akal. Kalau tak pakai nayalah ko jang. Bila kita angkuh mengatakan kita betul dalam kita tak betul dan sesat. Kita bukan pakai akal, kerana pada akal yang sempurna dan berfikir datangnya rendah diri dan kebaikan. Yang angkuh dan sesat itu tak pakai akal, pakai nafsu dan ikut perasaan.

Takde berfikir takde lah planning. When you do not plan, you are planning to fail. Contohnya kalau kita pandai, jika banyak kawan, ambillah juga kawan yang alim, baik akhlaknya, mungkin yang bertaqwa..dapatlah juga kalau tak banyak sedikit tempiasnya. Kasik balance sikit. Janganlah kita disesatkan dgn tidak memandang, apatah lagi mengata dan mencerca mereka ini

Panjang pulak muqaddimah.. Ok semula

Dunia ini menyibukkan, dunia ini memperdayakan, dunia ini mengelirukan. Memang dah macam itu kerana dunia ini pentas ujian.

Sebab itu kita digesa melakukan tahajjud dimana bacaan dan ingatan kita lebih tenang dan jelas berbanding waktu siang, digesa juga kita bersolat rawatib untuk menampung apa yang kurang dalam solat fardu

Hmmm.. Lain yang nak ditulis, lain pulak yang tertulis.

Manusia banyak jenis manusia, banyak darjatnya disisi Allah

Ramai yang tak membaca Al Quran.Semoga diberi hidayah supaya membacanya. Ada yang membacanya tapi sebutan tak betul. Semoga dilapangkan masa untuk pergi belajar membacanya dgn betul. Ada yang membaca tapi tak tahu maknanya tapi tetap mendapat pahala dan insyaAllah akan dicuit hatinya untuk belajar memahami

Al Quran itu lengkap disediakan untuk org biasa dan awam. Juga untuk para ilmuan dan ahli fikir. Jadi Ia adalah panduan untuk semua orang tanpa mengira tahapnya dan darjatnya

Bagi org awam yang mengkajinya tak perlu ilmu yang tinggi boleh ambil panduan kerana ada ayat yang jelas, terang untuk dijadikan panduan

Namun ada juga ayat yang samar yang memerlukan kita berguru untuk mendapatkan tafsir yang baik. Disini tahapnya lebih advance dan memerlukan akal dan pemahaman yang baik serta memelukan penjelasan dari org yg lebih alim

Jangan ko faham ayat yang jelas itu, ko rasa senang, ko baca ayat samar, ko pergi buat tafsiran sendiri.. Naya dan sesat ko nanti

Antara tujuan ayat samar ini supaya manusia menggunakan akal berfikir dan faham kepentingan belajar. Dan faham ilmu Allah itu luas dan ada ayat lain untuk menjelaskan yang samar. 

Kalau kita tidak angkuh dgn imu kita yang sedikit itu maka kita akan terus belajar untuk mendapat tafsir yang lebih baik dan menggunakannya untuk hidup yang lebih baik

Janganlah kita sekali meninggalkan Al Quran kerana ia adalah panduan yang tidak akan menyesatkan dan menyelamatkan kita di dunia yang fana ini

Semoga faham, maaf kalau tak boleh kasik faham, den tulis saja untuk kawan2 yang nak membaca. Kitakan kengkawan.

Note: hanya Rasulullah dikurniakan kelebihan bercakap sedikit dan mudah difahami. Sebab itu jangan juga ditinggalkan hadith.. Hadith pun ada macam2, ambik dan belajar yang sahih. Dan janganlah argue atas benda2 remeh atas hadis yang daif dgn kejahilan dan keangkuhan

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Surah al e imran ayat 7 dan 8

Ayat 8 adalah adalah doa lazim yang kita baca dan aminkan semoga faham maksudnya dan dimakbulkan doa. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment