Friday, February 26, 2016

Lalai ( intipati dari ayat2 awal surah yassen)

Fitrah manusia adalah lalai. Manusia sentiasa lalai dan berdosa. Satu pahala akan membawa kebajikan yang lain namun satu dosa walau kecil dan berterusan akan membawa kejahatan yang lain

Walau pun demikian manusia harus sentiasa kembali kepada jalan yang lurus dgn muhasabah dan taubat

Apabila kita selalu sahaja lalai berterusan, kemuncaknya adalan manusia akan lupa dan ragu akan keesaan Tuhan dan disesatkan.

Apabila kemuncak ini terjadi maka Allah akan membelenggu manusia dgn kelalaian kehidupan dunia sahaja.. Dibutakan mata, dan dimatikan hati

Oleh kerana hidayah ini mungkin datang dari 3 penjuru, dari hadapan, belakang dan atas. Di tafsir hadapan dgn melihat masa depannya, belakang adalah dari melihat sejarah, atas iaitu hidayah dari Allah dgn kehendaknya. Jika kemuncak ini terjadi jalan hidayah ini akan ditutup oleh Allah

Maka akan jadi lah dia seperti orang kafir yang sentiasa sesat dan tertanya akan dari mana datangnya mereka, tujuan mereka di muka bumi ini serta kesudahan mereka..

Allah mengatakan bahawa apabila ini terjadi, sama sahaja jika orang ini diberi peringatan atau tidak, dia tidak akan dapat melihat dan mengendahkannya.

Kewajiban yang penting adalah bersolat kerana solat itu ada benteng kepada kemungkaran, solat itu akan mengatakan salah kepada yang batil, solat itu juga akan mengembalikan kita kepada jalan yang lurus

No comments:

Post a Comment